CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 11185|Reply: 29

‘Saya rasa semua peserta takut sangat dengan Liza Aziz’ - Syafinaz Selamat

[Copy link]
Post time 14-1-2025 08:18 AM | Show all posts |Read mode



Juri tetap Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11), Datuk Syafinaz Selamat menyarankan agar peserta-peserta lain tidak gentar dengan Liza Aziz.

Menurut Syafinaz, 53, biarpun Liza sememangnya diakui hebat, namun peserta lain turut mempunyai potensi untuk menyainginya.

“Saya rasa semua peserta takut sangat dengan Liza Aziz. Kita tahu dia memang penyanyi yang hebat. Tetapi tidak bermaksud anda tidak boleh beri saingan kepadanya. Setiap peserta saya lihat pada mulanya macam nak pergi, tiba-tiba mereka kelihatan seolah-olah tarik brek dan terlampau berhati-hati.

“Saya mahu beri semangat kepada semua peserta supaya mereka percaya bahawa mereka mampu lakukannya. Biarpun Liza sering mendapat tempat pertama, tetapi malam ini (semalam) telah membuktikan bahawa ada peserta yang boleh berada di atas Liza Aziz,” katanya kepada HibGlam.

Syafinaz turut melihat peserta lain seperti Sheila Abdul mempunyai potensi sama seperti Liza yang mendominasi persembahan hampir setiap minggu.

“Saya mahu memberi suntikan semangat kepada Sheila Abdul kerana sejak dari awal lagi saya pernah cakap dia antara peserta yang boleh memberi saingan. Jadi terus tekan minyak. Jangan takut-takut. Itu apa yang saya maksudkan.

“Jadi saya mahu semua peserta lupakan tentang Liza Aziz dan fokus pada diri mereka sendiri dan percaya mereka boleh lakukan dengan lebih baik daripada apa yang telah mereka lakukan setakat ini,” katanya.

Sepanjang lapan minggu GV11 bersiaran, Liza mendapat tempat pertama sebanyak lima kali. Malah, netizen juga berpendapat bahawa anak kepada Allahyarham seniwati Normadiah dan seniman Aziz Jaafar itu bakal bergelar juara kerana dia seolah-olah tiada saingan.

Sumber : Kosmo

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2025 08:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak di nafikan liza aziz bagus....tapi boring.
Kita wait and see lepas GV , meletoppp tak?
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2025 09:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Okla sikit statement tok naz.juri pegi sekolah la katakan.bukan mcm juri kertu sekor tu...
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2025 01:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Nampak tua sangat dah sapinaz.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2025 02:37 PM | Show all posts
btol kata tok naz
mana tak pressure dh asik kawan tu je no.1
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2025 02:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Menurut pandangan Meols bukan bunda ya, acik liza kena improve showmanship....adalah kat background penari2 ke atau dia nyanyi sambil 'berlakon' ke..sora memang bagus,tapi persembahan tu yg kureng.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-1-2025 03:18 PM | Show all posts
Pada iols pulak Liza Aziz kureng pd phayatan. Jgn marah ye peminat kak Liza. Mcm masa dia nyanyi lagu masing2, xnafikan sedap je dia bwk tp nampak agak struggle/too focus utk sampaikan lagu tu, so rasa tu tak sampai. Iols nampak Sheila Abdul boleh jadi pesaing dia sbab Sheila Abdul slowly dah nampak taring dia.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2025 04:04 PM | Show all posts
Lulu_717 replied at 14-1-2025 03:18 PM
Pada iols pulak Liza Aziz kureng pd phayatan. Jgn marah ye peminat kak Liza. Mcm masa dia nyanyi lag ...

Agreed kakalu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2025 04:09 PM | Show all posts
Lulu_717 replied at 14-1-2025 03:18 PM
Pada iols pulak Liza Aziz kureng pd phayatan. Jgn marah ye peminat kak Liza. Mcm masa dia nyanyi lag ...

Betul, meols setuju. Maybe sheols dah biasa sgt buat show korporat yg funky2 gitu, utk lagu sayu2 gitu, she mcm kureng sikit nak deliver, byk depend on kekuatan vokal she saja. So apa yg toknaz komen last week mmg mengena.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2025 09:59 PM | Show all posts
suara Nek Liza Aziz dah serak eh....faktor usia?

iols ok je dia juara tapi lebih suka Sheila Abdull....
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2025 10:31 PM | Show all posts
iols perasan dalam iv post konsert tangan tokram nampak flawless, tak macam usia dia. Maybe dalam video lah, tapi rasanya memang nampak elok. Mesti tinyah dok tonyoh losen hari2 kan
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2025 07:19 AM | Show all posts
Rhyno replied at 14-1-2025 09:59 PM
suara Nek Liza Aziz dah serak eh....faktor usia?

iols ok je dia juara tapi lebih suka Sheila Abdull ...

sis perasan kalo lagu yg slow mellow ade time sore dia jd garau or serak. sblm ni ade kan yg sheols x jd juara gak tu.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2025 07:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Nk kata Liza Aziz ni suara hebat sgt , tidak la juga sb kalau dia ada suara yg terlalu hebat mesti dia dah setaraf CT sejak dulu dan sharifah Aini...
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2025 07:58 AM | Show all posts
noor2 replied at 15-1-2025 07:23 AM
Nk kata Liza Aziz ni suara hebat sgt , tidak la juga sb kalau dia ada suara yg terlalu hebat mesti d ...

bak kata simon cowell..the X factor tu takda..tu sbb susah nak pegi jauh...hebat..tapi takat tu saja
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2025 08:33 AM | Show all posts
noor2 replied at 15-1-2025 08:23 AM
Nk kata Liza Aziz ni suara hebat sgt , tidak la juga sb kalau dia ada suara yg terlalu hebat mesti d ...

Setuju 100%...
Iols tak pernah rasa sheol ni best sebelum2 ni.

nak2 lagu2 dia tak masuk ke hati iols.
Tp utk GV ni mmg terserlah suara dia antara yg sedap la.
Sheila Abdul rasanya mampu jd saingan Liza Aziz.




Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2025 10:21 AM | Show all posts
liza aziz krg penghayatan..vokal mmg A la..tp xsgka yee shila abdull tu blh nyanyi lagu lain2..sbb sblm2 nie lagu dia simple jer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2025 10:29 AM | Show all posts
LadyCarefree replied at 14-1-2025 05:38 AM
Nampak tua sangat dah sapinaz.

Baru je she share tips awet muda tau
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2025 10:30 AM | Show all posts
annabellaruz2 replied at 15-1-2025 12:33 AM
Setuju 100%...
Iols tak pernah rasa sheol ni best sebelum2 ni.

I pun rasa sheila abdul tu saingan liza aziz, bukan dyrga
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2025 10:42 AM | Show all posts
kelip2_07 replied at 15-1-2025 10:21 AM
liza aziz krg penghayatan..vokal mmg A la..tp xsgka yee shila abdull tu blh nyanyi lagu lain2..sbb s ...

Lepas kluar lagu One Hit Wonder dia tu, x ade dah lagu lain dah. X sure dia buat apa lepas lagu Mungkinkah tu.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2025 11:08 AM | Show all posts
dulu aku ingt Ning akan jd competitor plg dekat dgn Queen Liza
Ning suara dia masih sedap cuma dia kena dapat certain lagu yg sesuai
lately nmpak cm Sheila Abdul, dia cm serious contender boleh jadi dark horse
so plilhan aku between Queen Liza, Dyrga dan Sheila Abdul
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 04:25 PM GMT+8 , Processed in 0.867463 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list