CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 48125|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Lexis Hibiscus 2 bernilai RM1.6 bilion di Port Dickson siap 2029

[Copy link]
Post time 27-7-2024 01:22 PM | Show all posts |Read mode

Lexis Hibiscus 2.


PORT DICKSON: KL Metro Group sedang membina resort bertaraf lima bintang, Lexis Hibiscus 2 seluas 32.37 hektar (80 ekar) dengan nilai pembangunan kasar (GDV) berjumlah RM1.6 bilion, kata Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun di sini, hari ini.

Projek yang dijangka siap 2029 itu adalah kerjasama strategik KL Metro Group dan Menteri Besar Negeri Sembilan-Pemerbadanan (MBINS).

Aminuddin berkata resort berprestij itu memiliki 1,710 unit bilik termasuk 910 rumah atas laut dan 800 suite kolam bertingkat yang elegan dalam dua blok bertingkat tinggi.

"Pembangunan ini juga dapat memberikan 5,000 peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan selain menyumbang kepada peningkatan positif bagi sektor pelancongan dalam negeri.


"Saya percaya dengan potensi syarikat melalui kepakaran serta pengalaman yang luas dalam pengurusan bidang hospitaliti dan perhotelan, pembinaan resort ini mampu mencapai kejayaan sekali gus menjadikan Lexis Hibiscus 2 sebagai pembangunan rumah atas air terbesar di dunia," katanya ketika berucap pada majlis pecah tanah pembangunan Lexis Hibiscus 2, Kampung Sungai Menyala, di sini hari ini.

Aminuddin berkata, pembinaan resort itu juga mampu mengukuhkan Port Dickson sebagai destinasi utama pelancongan, percutian mewah dan acara MICB (Mesyuarat, Insentif, Konvensyen dan Pameran), sekali gus dapat menarik 1.1 juta pelancong domestik dan antarabangsa setiap tahun.

Sementara itu, dalam satu kenyataan, Pengarah Urusan KL Metro Group, Datuk Low Tak Fatt, berkata Lexis Hibiscus 2 mempunyai reka bentuk dalaman yang unggul, susun atur bilik terperinci, dan kemasan bilik luar biasa yang dapat memberikan pengalaman percutian mewah dan keselesaan kepada pengunjung.

"Lexis Hibiscus 2 adalah bukti dedikasi kami untuk terus mencipta pengalaman unik dan tidak dapat dilupakan untuk para tetamu. Kami komited untuk menjadi pendorong batasan kemewahan dan hospitaliti, dan projek ini adalah langkah penting ke arah mencapai visi tersebut," katanya.
-BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 02:37 PM GMT+8 , Processed in 0.055798 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list