CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 36969|Reply: 9

Rugi RM2 juta, Jamal Abdullah bakal saman syarikat pelaburan

[Copy link]
Post time 2-8-2024 08:13 PM | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR – Berasa ditipu, penyanyi Datuk Jamal Abdillah, nekad mengambil tindakan undang-undang ke atas syarikat pelaburan yang didakwa gagal membayar dividen dan memulangkan semula wang pelaburan kepadanya.

Ujar Jamal atau nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Mohd Ali, 65, peguam yang mewakilinya sudah pun menyerahkan segala dokumen berkaitan kepada pihak timbalan pendakwa raya untuk tindakan lanjut.

“Demi keselamatan, saya pasang peguam untuk saman mereka. Bukan saya sahaja terkena, ramai juga pihak lain terlibat.

“Sebenarnya kes itu saya tak boleh hurai banyak-banyak. Saya cuma boleh kata saya ada buat pelaburan, tapi sebelum itu saya sudah periksa di Suruhanjaya Sekuriti dan Bank Negara. Memang wujud syarikat itu.

“Sekarang ini saya sudah lantik peguam yang sudah membuat siasatan dengan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, segala bukti telah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut,” katanya pada sidang media pelancaran album kumpulan Cherry On Top berjudul Ketagih, di sini, hari ini.

Kongsi pelantun lagu Azura itu, dia pada awalnya melabur sebanyak RM1 juta dan menerima pulangan.

Pun begitu, selepas melaburkan RM1 juta lagi, dia tidak lagi menerima pulangan seperti dijanjikan.

“Awalnya saya melabur RM1 juta terlebih dahulu dan mendapat pulangan sebanyak 12 peratus setahun. Selepas itu saya masuk lagi RM1 juta jadi RM2 juta.

“Tempoh matang lima tahun tetapi malangnya tahun ketiga itu dia (syarikat) itu sudah tidak bagi, pelbagai alasan diberikan termasuk tidak dapat kerana PKP.

“Bukan saya sahaja terkena, ramai juga pihak lain terlibat. Ini bukan ‘scam’ sebab syarikat itu memang wujud dan masih berjalan. Zaman sekarang ini mahu buat apa-apa kena berhati-hati,” dedahnya.

Terdahulu, pada awal 2018, Jamal diperkenalkan oleh seorang ejen kepada satu skim pelaburan dan dijanjikan pulangan 12 peratus setahun.

Antara 2018 sehingga 2020, Jamal membuat empat kali pelaburan dengan melaburkan sejumlah RM2 juta dalam syarikat berkenaan.

Namun, katanya, sehingga hari ini, syarikat pelaburan berkenaan gagal membuat pembayaran dividen bagi pendapatan tahunan secara menyeluruh dan secara langsung sudah melanggar perjanjian dengan terma yang sudah dipersetujui.

Jamal menerima satu memo bertarikh 4 Januari 2023 yang dikeluarkan syarikat pelaburan terbabit menyatakan sudah tiada keupayaan membayar pulangan sasaran tahunan pelaburan kerana keuntungan syarikat terjejas disebabkan penularan Covid-19.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2024 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Kayoooooooo
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2024 11:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Kampeni ape agaknye pacik ni melabur.. Banyak kampeni pelaburan yg ada sindrom sontotisemia seperti yg PW & SNO bongkarkan
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2024 06:47 PM | Show all posts
wow kayanya bang jamal. duit juta2 main carum merata mcm tu je. gitulah bang jamal orang tamak selalu rugi
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2024 09:08 PM | Show all posts
Chairman replied at 3-8-2024 11:43 AM
Kampeni ape agaknye pacik ni melabur.. Banyak kampeni pelaburan yg ada sindrom sontotisemia seperti  ...

syarikat ternakan lembu ke kambing tak silap...
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2024 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Sygnya duit jota2 burn gitu ja
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-8-2024 10:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Kaya ya tok jam
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2024 10:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Maunyer orang tu nak pulangkan. Kira burn jelah tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2024 11:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Saman ni prosesnya lama, bukan setahun dua..ada ker selama ini kes pelabur saman syarikat pelaburan yg menang...mcm sia2 jer menyaman
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2024 12:09 AM From the mobile phone | Show all posts
kayanya...rm2 juta...lain lagi property dan lain2...
tapi serious suara dan laguJamal sedap...royalty sure dapat banyak..tak keje pon boleh hidup senang..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 10:59 AM GMT+8 , Processed in 0.298932 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list