CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4988|Reply: 0

[Pulau Pinang] Syor tambah bilangan Ahli Parlimen Belia ikut kawasan pilihan raya

[Copy link]
Post time 6-8-2024 07:59 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 6-8-2024 08:00 PM

Syor tambah bilangan Ahli Parlimen Belia ikut kawasan pilihan raya


Oleh Siti Aminah Mohd Yusof - Ogos 6, 2024 @ 7:40pm  [email protected]








Johari ditemui media selepas mengadakan lawatan kerja ke Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Lebuh Light. - Foto NSTP/Mikail Ong





GEORGETOWN: Bilangan kerusi Ahli Parlimen Belia akan kembali ditingkatkan kepada 222 perwakilan bersamaan dengan jumlah kerusi Parlimen yang dipertandingkan pada pilihan raya berbanding kira-kira lebih 100 perwakilan pada ketika ini.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, berkata langkah itu bertujuan menyediakan barisan Ahli Parlimen pelapis berkualiti sekali gus memacu negara pada tahap lebih baik pada masa depan.

"Apabila penggal berakhir, kita akan mencadangkan sistem Parlimen Belia supaya setiap constituency (kawasan pilihan raya) di Malaysia akan diwakilkan oleh Parlimen Belia.

"Mereka akan bermesyuarat tiga kali setahun sama seperti Parlimen Malaysia dan harapan saya mereka akan menjadi ahli Parlimen yang berkualiti dan berintegriti pada masa depan.

"Saya sudah masuk mendengar perbahasan mereka memang ada kualiti dan ini memberi keyakinan kepada kita, Malaysia berada di jalan yang betul," katanya selepas melawat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang di sini, hari ini.

Johari berkata, Kerajaan telah memutuskan menyerahkan Parlimen Belia yang dahulunya berada di bawah pentadbiran Kementerian Belia dan Sukan kepada Parlimen Malaysia.

Berikutan itu, beliau optimis dan mahu melihat kembali perjalanan Parlimen Belia membabitkan penyertaan individu berusia 18 hingga 35 tahun tersebut supaya ia lebih berfungsi.

Sebagai rekod, Parlimen Belia yang mula diperkenalkan pada 2015 bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran kepimpinan golongan belia bagi meneruskan kempimpinan negara pada jangka masa panjang.


https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/08/1281393/syor-tambah-bilangan-ahli-parlimen-belia-ikut-kawasan-pilihan-raya






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 01:17 AM GMT+8 , Processed in 0.037528 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list