CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3720|Reply: 0

[Pulau Pinang] Tunggang lawan arus elak roadblock

[Copy link]
Post time 7-8-2024 02:28 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 7-8-2024 02:31 PM

Tunggang lawan arus elak roadblock


Nur Izzati Mohamad[email protected]







Tangkap layar ratusan penunggang motosikal yang menunggang secara melawan arus bagi mengelak diri daripada diperiksa polis yang mengadakan Op Samseng Jalanan di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB). FOTO Tular





Butterworth: Sekumpulan penunggang motosikal dikesan menunggang secara melawan arus di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) di Bagan Ajam, di sini, apabila video mereka tular di media sosial sejak semalam.

Video berdurasi 38 saat itu mendapati lorong kanan dan kiri lebuh raya berkenaan dipenuhi dengan penunggang motosikal hingga mengundang bahaya kepada pengguna lain.

Tindakan berbahaya terbabit dilakukan dipercayai bagi mengelak mereka diperiksa polis yang mengadakan Op Samseng Jalanan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Anuar Abdul Rahman berkata, pihaknya terkesan dengan video tular yang hasil siasatan mendapati ia berlaku ketika operasi kira-kira 7 malam pada Ahad lalu.

"Penunggang motosikal didapati menunggang secara bahaya dengan melawan arus di kawasan BORR dari arah Plaza Tol Bagan Ajam ke Pangkalan Kontena Butterworth Utara (NBCT).

Ia adalah bagi mengelak mereka ditahan polis yang mengadakan operasi membanteras kegiatan samseng jalanan pada ketika itu," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Katanya, dalam operasi berkenaan, polis menahan seorang penunggang motosikal mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta menyita 25 motosikal atas pelbagai kesalahan.

"Kita mengingatkan semua pengguna jalan raya supaya tidak bertindak di luar jangkaan yang akan mengundang bahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya lain," katanya.



Disiarkan pada: Ogos 7, 2024 @ 1:47pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/08/1119919/tunggang-lawan-arus-elak-roadblock





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 10:32 PM GMT+8 , Processed in 0.045671 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list