CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6227|Reply: 0

[Pulau Pinang] Mujur orang ramai tolong

[Copy link]
Post time 7-8-2024 06:23 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 7-8-2024 06:25 PM

Mujur orang ramai tolong


Nur Izzati Mohamad[email protected]







TANGKAP layar kejadian seorang lelaki menyerang bekas teman wanitanya dengan pisau di sebuah pasar raya di Bagan Ajam. FOTO tular





Butterworth: Seorang wanita berdepan detik cemas selepas bekas teman lelakinya bertindak menyerangnya dengan pisau di sebuah pasar raya di Bagan Ajam, di sini, Ahad lalu.

Dalam kejadian jam 8.45 malam itu, mangsa warga tempatan berusia lingkungan 30-an mengalami kecederaan pada jari kelingking kanan semasa bergelut untuk melepaskan diri.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Anuar Abdul Rahman berkata, suspek kemudian berjaya ditahan orang awam yang berada di kawasan itu.

"Tangkapan semula dibuat oleh Unit Kereta Peronda Polis (MPV) Butterworth untuk tindakan reman.

"Suspek akan didakwa dengan kadar segera di mahkamah selepas menerima arahan daripada Timbalan Pendakwa Raya ," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 324/506 Kanun Keseksaan.

Terdahulu tular di beberapa platform media sosial berhubung insiden pergelutan antara seorang wanita dengan bekas teman lelakinya.

Dalam kejadian itu, suspek mengacukan pisau sementara tangan kirinya merangkul leher mangsa.

Orang ramai yang berada di lokasi kemudian menenangkan suspek sebelum mereka bertindak menahan lelaki itu dan menyerahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Terdapat kesan tompokan darah di lantai pasar raya susulan kecederaan dialami mangsa ekoran insiden terbabit.



Disiarkan pada: Ogos 7, 2024 @ 5:56pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/08/1120040/mujur-orang-ramai-tolong





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 11:03 PM GMT+8 , Processed in 0.214458 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list