CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4569|Reply: 0

[Pulau Pinang] Suri rumah didakwa tipu jual beli emas lelong

[Copy link]
Post time 8-8-2024 01:18 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 8-8-2024 01:20 PM

Suri rumah didakwa tipu jual beli emas lelong


Siti Aminah Mohd Yusof[email protected]







TERTUDUH dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas tuduhan menipu wanita mendapatkan emas lelong. FOTO Mikail Ong.





Georgetown: Suri rumah dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas tuduhan menipu dalam urusan jual beli emas yang kononnya dilelong Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, tahun lalu.

Tertuduh, Nuur Thibrani Mohamed Ibrahim, 35, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Siti Nurul Suhaila Baharin.

Mengikut pertuduhan, Nuur Thibrani didakwa memperdaya wanita berusia 53 tahun untuk mempercayai bahawa dia berupaya mendapatkan emas yang dilelong polis dan secara curang mendorong mangsa menyerahkan wang berjumlah RM116,256 menerusi empat akaun bank.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan tersebut pada 11.05 pagi, 15 Oktober 2023 hingga 6.58 pagi, 21 November 2023 di sebuah kolej yang terletak di pusat bandar.

Ibu kepada tiga anak itu didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang setahun dan maksimum 10 tahun dan sebat serta hendaklah dikenakan denda, jika sabitan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Atikah Ashraf Ali, manakala tertuduh diwakili peguam Fikri.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 12 September ini untuk sebutan semula kes.



Disiarkan pada: Ogos 8, 2024 @ 12:47pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/08/1120286/suri-rumah-didakwa-tipu-jual-beli-emas-lelong





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 11:37 PM GMT+8 , Processed in 0.099054 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list