CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 48665|Reply: 1

[Jenayah] Pensyarah rugi RM331,000 ditipu sindiket menyamar 'pegawai PADU, polis berpangkat Datuk'

[Copy link]
Post time 10-8-2024 07:58 PM | Show all posts |Read mode
Pensyarah rugi RM331,000 ditipu sindiket menyamar 'pegawai PADU, polis berpangkat Datuk'


JOHOR BAHRU: Akibat panik didakwa terbabit aktiviti pengubahan wang haram, seorang pensyarah wanita mendakwa kerugian RM331,000 selepas ditipu sindiket 'phone scam' yang menyamar sebagai 'pegawai Pangkalan Data Utama (PADU) dan polis berpangkat Datuk'.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, berkata pihaknya menerima laporan dibuat mangsa warga tempatan berumur 49 tahun itu, semalam, berhubung kejadian berkenaan.

Beliau berkata, wanita itu mendakwa menerima panggilan pada 9 Mei lalu daripada seorang individu menyamar sebagai pegawai PADU yang memaklumkan bahawa mangsa mendapat bantuan daripada PADU berjumlah RM1,200.

"Mangsa mendakwa bahawa dia kemudian menerima panggilan pada 17 Mei lalu daripada seorang lelaki menyamar sebagai pegawai di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak yang menuduhnya terbabit pengubahan wang haram.

"Mangsa dikata menafikan perkara itu sebelum menerima lagi panggilan pada 13 Julai lalu daripada individu menyamar sebagai pegawai berpangkat Datuk dari IPK Perak pula dan mengarahkannya membuat pemindahan wang kononnya bagi tujuan keselamatan sementara siasatan dijalankan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Susulan itu, Raub berkata, mangsa dikatakan membuat 13 kali transaksi pembayaran ke beberapa akaun bank tempatan membabitkan jumlah RM331,000.

Selepas itu, beliau berkata, mangsa mendakwa cuba menghubungi suspek tetapi taliannya telah disekat, justeru mengesyaki dirinya telah ditipu.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya sambil menasihati mereka yang menjadi mangsa penipuan scam supaya hubungi National Scam Response Centre (NSRC) melalui talian 997 dengan segera sebagai tindakan awal untuk menyekat pengaliran wang keluar dari akaun suspek.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2024 12:17 AM | Show all posts
Scammers ni diorang ada ayat standard ikut script masa call mangsa, bukan cincai sebut reka cerita. Ayat 1, ayat kedua, ayat seterusnya....lagi lama mangsa dengar makin percaya. Sebab itu mangsa akan terpedaya walaupun tau diri tak buat salah. Contohnya dia kata mangsa terlibat dengan isu sensitive commenting on 3R dan sedang disiasat MCMC. Bila manga kata no such thing, nanti pandailah dia umpan.
Untuk prevent, janganlah jawab phone no. yang tak kenal.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Shuhada ‘block’ acik forum… apa yang sedang berlaku? (page 200)
JoyahMengayahShuhada ‘block’ acik forum… apa yang
Views : 155727 Replies : 4433
Penulis blog, Raja Petra Kamarudin meninggal dunia malam tadi di United Kingdom (UK) pada usia 74 tahun.Al Fatihah
YgBenarPenulis blog, Raja Petra Kamarudin menin
Views : 18435 Replies : 70
Istiadat persandingan Tengku Puteri Afzan, FD Idzham berlangsung penuh tradisi
mojarean_XIstiadat persandingan Tengku Puteri Afza
Views : 27027 Replies : 51
Maroon 5 in Kuala Lumpur
maklukpenggodaMaroon 5 in Kuala Lumpur
Views : 44566 Replies : 43
TVING : NO GAIN NO LOVE - SHIN MIN-A, KIM YOUNG-DAE [START 26/08/2024]
eddlisa_uyukTVING : NO GAIN NO LOVE - SHIN MIN-A, KI
Views : 21298 Replies : 62
[tvN/Netflix] Love Next Door - Jung Hae In, Jung So Min (Mulai 17 Aug 2024)
xyla73[tvN/Netflix] Love Next Door - Jung Hae
Views : 27007 Replies : 125
kuiz dan Kenali Borneo
Vellfirekuiz dan Kenali Borneo
Views : 21867 Replies : 524
Tular sebuah video berhubung dakwaan bahawa isteri Nabi Muhammad SAW, Sayidatina Siti Khadijah Khuwailid RA berasal dari alam Melayu,UIAM ambil tindakan,
YgBenarTular sebuah video berhubung dakwaan bah
Views : 38727 Replies : 11
Legenda seni bela diri campuran (MMA) Khabib Nurmagomedov  Umum Datang Malaysia Bulan Depan.Anda teruja?
YgBenarLegenda seni bela diri campuran (MMA) Kh
Views : 30949 Replies : 8
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 42905 Replies : 341

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-9-2024 06:54 PM GMT+8 , Processed in 0.048138 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list