CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 56892|Reply: 1

[Jenayah] Pelajar IPT benar akaun bank diguna sindiket penipuan berdepan tindakan undang-undang

[Copy link]
Post time 10-8-2024 08:29 PM | Show all posts |Read mode
Pelajar IPT benar akaun bank diguna sindiket penipuan berdepan tindakan undang-undang

Saifuddin Nasution menjawab pertanyaan media sempena Program Sua Mesra Kementerian Dalam Negeri di Dewan Koperasi Mukim Sidam Kanan, Kampung Guar Lobak, Padang Serai, pada Sabtu. Foto Bernama

KULIM - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata penuntut institusi pengajian tinggi yang membenarkan akaun bank mereka digunakan oleh sindiket penipuan berdepan tindakan undang-undang.

Beliau berkata, berdasarkan pindaan Seksyen 424 Kanun Keseksaan yang diluluskan baru-baru ini, tindakan boleh diambil terhadap pemilik jika membenarkan akaun dan instrumen pembayaran mereka digunakan oleh sindiket.

"Ada kes yang kami siasat melibatkan pelajar universiti yang membenarkan akaun bank mereka dan instrumen pembayaran serta kad bank digunakan oleh sindiket penipuan," katanya.

Saifuddin Nasution berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Sua Mesra bersama Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Dewan Koperasi Mukim Sidam Kanan, Kampung Guar Lobak, Padang Serai dekat sini pada Sabtu.

Mengulas lanjut, beliau berkata, berdasarkan aduan, terdapat peningkatan kes penipuan dalam talian dan pihaknya akan memperluas hebahan serta kempen kesedaran kepada rakyat agar tidak menjadi mangsa.

"Saya tidak perlu ada sindrom penafian mengenai hal itu... trend memang meningkat berdasarkan aduan yang diterima... sebab itu, langkah yang dibuat satu daripadanya ialah menerusi pindaan Kanun Keseksaan," katanya.

Saifuddin Nasution berkata, pindaan terhadap Kanun Tatacara Jenayah pula membolehkan seorang polis berpangkat sarjan yang menerima aduan mengenai jenayah penipuan dalam talian membabitkan akaun bank boleh bertindak membekukannya.

Sementara itu, beliau berkata, Program Sua Mesra bersama KDN adalah cetusan idea Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi memudah dan mempercepat rakyat mendapatkan perkhidmatan kerajaan.

Antara aktiviti program itu ialah pemberian diskaun 50 peratus bagi saman yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia, Jom Exchange al-Quran, Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang, gimik Pelepasan Kembara Jiwa Merdeka dan Pameran KDN serta agensi di bawahnya.

Saifuddin Nasution turut melancarkan SKUAD Antidadah Cawangan Padang Serai iaitu yang pertama ditubuhkan mengikut kawasan Parlimen di seluruh negara sebagai usaha menambah baik entiti pengurusan badan sukarelawan itu. - Bernama

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2024 11:48 PM | Show all posts
Tolong ambil tindakan paling tegas, jangan ugut saja. Student umur baru berapa dah pandai nak collaborate dengan scammer, collect commission. Kalau tak dapat tangkap the scammer, tangkap budak-budak ni jangan bagi chance lepas.
Tak pelik nanti yang bila dah kerja akan ambil rasuah sebab dah biasa ada side income.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-10-2024 01:10 AM GMT+8 , Processed in 0.035776 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list