CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 23247|Reply: 23

[Tempatan] Muzakarah teliti hukum solat pakai telekung biasa

[Copy link]
Post time 22-10-2024 06:41 PM | Show all posts |Read mode
Muzakarah teliti hukum solat pakai telekung biasa
Oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED
22 Oktober 2024, 4:41 pm

Gambar hiasan

SHAH ALAM – Jabatan Mufti Selangor akan mengadakan muzakarah pakar bagi meneliti secara terperinci mengenai hukum solat pemakaian telekung kebiasaan wanita Melayu di negara ini.

Mufti Selangor, Datuk Dr. Anhar Opir berkata, pihaknya telah meminta Bahagian Fatwa mengadakan muzakarah itu dalam masa terdekat.

Katanya, jabatan itu menzahirkan terima kasih kepada semua pihak yang prihatin dalam memberikan pandangan, cadangan dan maklum balas.

“Ia berkaitan artikel Taudhih Al-Hukmi bertajuk penjelasan hukum solat dengan pemakaian telekung kebiasaan wanita Melayu sebelum ini.

“Hasil daripada Muzakarah itu kelak akan dikongsikan kepada masyarakat terutama rakyat negeri ini,” katanya hari ini.

Jumaat lalu, Jabatan Mufti Selangor memuat naik hantaran info grafik mengenai hukum solat wanita tidak memakai pakaian menutup aurat di dalam telekung.

Berdasarkan huraian itu, hukum pakaian yang tidak menutup aurat di dalam tudung telekung adalah tidak sah.

Alasan hukum menyatakan aurat boleh kelihatan dari arah bawah tudung telekung dan bukan dari arah bawah pakaian (kain telekung) yang dimaksudkan oleh ulama.

Namun, huraian itu memaklumkan hukum solat sah jika pakaian di dalam telekung itu menutup aurat kerana aurat tidak kelihatan dari arah bawah tudung telekung. – KOSMO! ONLINE

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2024 06:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Pak lebai pakai kain pelikat time sujud nampak aurat camne plk? Byk lg isu penting mcm pemimpin penipu xde plk kuar fatwa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-10-2024 06:47 PM | Show all posts
Muzakarah pakar bincang hukum solat tanpa pakaian tutup aurat dalam telekung

Jabatan Mufti Selangor memuat naik hantaran infografik mengenai hukum solat wanita tidak memakai pakaian menutup aurat di dalam telekung pada 18 Oktober lalu.

SHAH ALAM - Jabatan Mufti Selangor akan mengadakan muzakarah pakar bagi meneliti secara terperinci hukum solat dengan pemakaian telekung kebiasaan wanita Melayu.

Mufti Selangor, Datuk Dr Anhar Opir berkata, pihaknya telah meminta Bahagian Fatwa mengadakan muzakarah itu dalam masa terdekat.

"Jabatan ini merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang sangat prihatin dalam memberikan pandangan, cadangan serta maklum balas terhadap artikel Taudhih Al-Hukmi bertajuk 'Penjelasan hukum solat dengan pemakaian telekung kebiasaan wanita Melayu'.

"Hasil daripada muzakarah ini nanti akan dikongsikan kepada masyarakat insya-ALLAH," katanya menerusi kenyataan di Facebook pada Selasa.

Pada 18 Oktober lalu, Jabatan Mufti Selangor memuat naik hantaran info grafik mengenai hukum solat wanita tidak memakai pakaian menutup aurat di dalam telekung.

Menurut huraian itu, hukum pakaian yang tidak menutup aurat di dalam tudung telekung adalah tidak sah

"Alasan hukum menyatakan aurat boleh kelihatan dari arah bawah tudung telekung dan bukan dari arah bawah pakaian (kain telekung) yang dimaksudkan oleh ulama.

"Memakai pakaian yang tidak menutup aurat di dalam telekung tidak dikira sebagai usaha menutup aurat dengan sempurna kerana inisiatif memakai pakaian menutup aurat tidak dianggap sukar pada zaman ini," jelas huraian itu.

Bagaimanapun huraian itu memaklumkan, hukum solat itu sah sekiranya pakaian di dalam telekung itu menutup aurat kerana aurat tidak kelihatan dari arah bawah tudung telekung.

Huraian itu menjelaskan, pakaian yang menutup aurat di dalam telekung dikira sebagai usaha maksimum untuk menutup aurat secara sempurna.

Menurut huraian itu, aurat yang dapat dilihat dari arah bawah tudung telekung tidak termasuk dalam kategori aurat dimaafkan.

Bagaimanapun, solat yang dilaksanakan sebelumnya dalam keadaan tidak mengetahui akan hukum itu tidak perlu diganti atas alasan ia merupakan perkara tersembunyi dalam kalangan masyarakat serta menjadi adat kebanyakan wanita di negara ini.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 08:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Time macam ni kita perlu kontek pakcik indon yang selalu call Allah tu..
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 08:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Firenzza replied at 22-10-2024 06:47 PM
Pak lebai pakai kain pelikat time sujud nampak aurat camne plk? Byk lg isu penting mcm pemimpin peni ...

ya betul. nampak bulu² paha . tambah² yg gemuk²
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 08:28 PM From the mobile phone | Show all posts
mampoi laaa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-10-2024 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingatkan pakai telekung tu dah kira tutup aurat masa solat... Bukan la ye kalau camtu ?
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
kakigebang replied at 22-10-2024 08:53 PM
Ingatkan pakai telekung tu dah kira tutup aurat masa solat... Bukan la ye kalau camtu ?

kalau telekung u nipis masih nmpk warna kulit (utk yg tak pakai baju didalam telekung) mmg tak sah. kalau nmpk byg hitam sah je.

tapi skrg derang pertikai plak dari bawah telekung tu (kdg2 telekung mengembang bila kene kipas) utk yg tak pakai tutup aurat dlm telekung.
sapa plak nak jenguk dari bawah telekung tu?? entah la...tggu je la keputusan depa ni.

ramai yg suh pakai ala2 telekung jubah tu so confirm takde penampakan apa2 dari bawah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2024 09:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Org lelaki jugak yg huntongg
Xberbaju pon sah solat
Pening pala ostard nk tolong pompuan cara beribadah terpaling proper
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 09:31 PM From the mobile phone | Show all posts
syamzana replied at 22-10-2024 08:59 PM
kalau telekung u nipis masih nmpk warna kulit (utk yg tak pakai baju didalam telekung) mmg tak sah ...

Ni telekung opah onyang dulu2 ni..dr atas ke bawah sarung mcm jubah tu...
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
tukul replied at 22-10-2024 09:31 PM
Ni telekung opah onyang dulu2 ni..dr atas ke bawah sarung mcm jubah tu...

haaa betul2 arwah tok iols suka pakai.
skrg dah in trend balik katanya
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 09:39 PM | Show all posts
tak faham
maksudnya macam mana?
kita kena pakai macam mana dlm telekong tu?
dah tua pun tak pandai ... huhu

saya biasa pakai baju kelawar jer dlm telekong ..
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 09:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Firenzza replied at 22-10-2024 06:47 PM
Pak lebai pakai kain pelikat time sujud nampak aurat camne plk? Byk lg isu penting mcm pemimpin peni ...

Sebab tu akak kata hukum islam banyak lompongnya sissy. Dah jom jadi etis, sissy.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 09:42 PM | Show all posts
Thunderclouds replied at 22-10-2024 01:29 PM
Org lelaki jugak yg huntongg
Xberbaju pon sah solat
Pening pala ostard nk tolong pompuan cara beri ...

kalau tak sah mampus nak qada semua balik.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 10:12 PM | Show all posts
Jadi solat kita sebelum2 ni semua tak sah la... sebab lompong kat bawah, contohnya pakai baju kurung... boleh nampak aurat dari bawah....

Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 10:19 PM | Show all posts
Aku tak faham apa isu dengan telekung biasa yang ada sekarang ni. Sejak zaman opah dulu pun telekung lebih kurang sama kot. Di negara lain, some tak pakai telekung pun, as long baju longgar tutup semua, tudung labuh. Kalau kau tenung lama-lama nampakla bayang leher, bayang tangan, bayang kaki.......Dua hari lepas kot, aku ada tengok someone komen isu ni di youtube. (pilot rasanya, lepas dia pun kena komplain dengan ustad) Dengan suhu sekarang dekat 40 celcius kau suruh pakai lapis-lapis. Mungkin kat rumah dia ada aircond kuasa turbo. Pakailah telekung warna hitam, jangan pakai putih.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2024 10:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa kita selalu susah2 kan yg mudah. Kalau baju dah tutup aurat sempurna pun da boleh pakai utk bawa solat, ni nk kira lompong2 eh tak Paham lah.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 10:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Jantan pakai suar dalam ja dalam kain pelikat huntok solat, hokeh je?

Ingat lagi ada porumer gay sempat tertengok nala punya barang jemaah sebelah dia sebab kain pelikat terselak. Tak ingat sapa.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 10:39 PM | Show all posts
Laaa belum muzakarah terperinci dulu ke sebelum keluarkan post dalam media sosial haritu. Penerangan hukum tatacara pemakaian telekung 2 pieces tu pun mengelirukan orang. Kalut betul la deme ni.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 11:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Benda mudah jadi susah. Abis tu yang pakai jubah je semayang nak kira macam mana?

Takkan nak pakai berlapis lapis kat dalam tu? Adoiyai.. asalkan menutup aurat sudah lah. Ni nak kira lompong bawah lah lompong tepi lah.. jantan sundal mana dok gila nak menonggeng tengok dari bawah tu? Ce kaboo
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-10-2024 05:51 AM GMT+8 , Processed in 0.047804 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list