CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 55324|Reply: 80

Azizulhasni dedah situasi sebenar selepas tersingkir - "Saya dihimpit dan pacer pula bergerak lebih perlahan berbanding speed sebenar"

[Copy link]
Post time 11-8-2024 11:11 AM | Show all posts |Read mode






KUALA LUMPUR – Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang dilihat sedih kerana segala usahanya untuk menjelmakan pingat emas di Sukan Olimpik Paris 2024 telah musnah apabila penyertaannya dibatalkan ketika bersaing di pusingan pertama acara keirin.


Azizulhasni yang mendapat gelaran ‘The Pocket Rocketman’ tidak dapat meneruskan perjuangan apabila dikesan memintas pacer terlalu awal dalam saringan pertama dan penyertaannya dibatalkan serta merta biarpun pasukannya itu berjumpa dengan komisar memohon untuk melakukan review pada video perlumbaan serta keputusan.


Dalam kenyataan dikeluarkan oleh Azizulhasni di media sosialnya, dia menjelaskan apa yang berlaku kerana strategi ketika itu adalah untuk mendapat posisi paling hadapan kerana terdapat pelumba front runner di hadapannya yang akan meletakkannya dalam situasi sukar.






“Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Hasil perbincangan bersama jurulatih John Beasley, perancangan terbaik adalah untuk terus kehadapan dan cuba mendapatkan posisi paling hadapan seawal mungkin.







“Akan ada kemungkinan ‘blocking dan gapping’ dari beberapa pelumba hadapan jika saya menggunakan taktik menunggu. Jadi, saya harus memilih taktik terbaik untuk meningkatkan kemungkinan untuk menang, dan bergerak awal ini juga saya ada lakukan ketika pusingan awal di Olimpik Tokyo dahulu.


“Namun ketika melepas selekoh ketiga dan sebelum memasuki selekoh keempat, saya dihalang dengan himpitan dari pelumba Perancis (Rayan Helal). Himpitan itu terlalu agresif dan bagi saya ianya adalah intentionally aggressive kerana melanggar saya dan hampir terjatuh.


“Saya terselamat daripada jatuh kerana reaksi pantas kemahiran mengawal yang saya ada. Tidak cukup dengan itu beliau mash mengekori rapat disebelah dan masih cuba memberikan himpitan kedua. Di dalam keadaan seperti itu reaksi saya adalah bergerak kehadapan untuk mengelak dari beliau,” katanya.


Dalam pada itu, pelumba kelahiran Terengganu itu turut menjelaskan bahawa ketika itu pacer bergerak lebih perlahan berbanding kelajuan sebenar dan tidak memecut keluar selepas selekoh keempat.


“Sebagai seorang pelumba keirin yang elite, kita tahu kelajuan untuk pacer sebelum keluar, biasanya di selekoh terakhir pacer akan memecut keluar selepas melepasi selekoh empat dari kelajuan 50-55kmh.  Akan tetapi pada perlumbaan saya tadi pacer bergerak lebih perlahan berbanding speed sebenarnya dan tidak memecut keluar selepas selekoh empat.


“Saya yang tengah ‘bergolak’ dengan pelumba Perancis itu perasan pacer masih belum memecut keluar, terkejut, dan cuba back pedal sebagai cara untuk breaking akan tetapi malangnya tak sempat untuk memperlahankan kelajuan seperti yang diinginkan.


“Berdasarkan peraturan perlumbaan, tayar belakang pelumba tidak boleh memotong pacer sebelum pacer keluar di pursuit line iaitu line halus di tengah front stretch (bukannya starting line)


“Adakah tayar belakang saya memotong pacer sebelum pacer keluar? Jawapan saya adalah ya akan tetapi ianya adalah unintentionally dan juga anya adalah disebabkan oleh dua keadaan iaitu pertama blocking dan himpitan berterusan dari pelumba Perancis dan keduanya adalah kerana pacer bergerak pada kelajuan hanya 40-45kmh dan tidak pada kelajuan sepatutnya dan tidak memecut keluar seperti kebiasaan,” katanya.








SUMBER: KOSMO! ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2024 11:50 AM | Show all posts
westerner pilih bulu..macam harey.boikot je lah olimpik keluar terus tak payah hantar atlet
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2024 11:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Takutla tu Malaysia menang...kira sabotaj berjemaah la ni kan
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2024 11:58 AM | Show all posts
noor2: Takutla tu Malaysia menang...kira sabotaj berjemaah la ni kan


sebab acara ni je dorang tahu dato jijoe boleh pergi jauh..pernah menang silver medal kat tokyo 2020, broze medal rio 2016..memang sepatutnya bagi kad kuning je macam player2 yang buat silap sebelum ni.ni langsung tak dak budi bicara.cuba western country yg buat silap...mesti komisar goyang nak terus singkir
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2024 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian tp tulah benda nak jadi.. rules are rules. No need nak bandingkan dgn acara kt Rio 8 tahun lepas kot. Byk angle juri mestu dah replay tp mcm John Beasley ckp la takde asas kukuh nak contest kt juri dah.
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2024 12:59 PM | Show all posts
..karangan tu is more to menegakkan benang yang basah, no point..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-8-2024 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Ko dari last pos pastu potong ke dpn celah mna kna himpit? Baju hijau & oren lex2 je kt blkg
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2024 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Korang ni tengok video ke tak yang memang france himpit dato? Dia kedepan sebab plan taktik dgn coach dah dia undi dapat paling belakang. Yang depan2 semua laju. So kena ada taktik tu yg dia kedepan awal. Masa dia kedepan tu haa france dah pandang2 belakang nak himpit dia. First himpit dato terus ke atas sebab nak elak. Second himpit tu dato terus kedepan pecut sikit. Tapi sebab basikal tu memang takde brek, pacer pun bawa slow jadi dia takleh nak control dan terlebih garisan sebelum pacer tu keluar. Haa mcm tu lah yang aku faham. Semua nak kecam tak boleh jugak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2024 01:21 PM From the mobile phone | Show all posts
edsassin replied at 11-8-2024 01:12 PM
Korang ni tengok video ke tak yang memang france himpit dato? Dia kedepan sebab plan taktik dgn coac ...

Betul, memang nampak jelas. Pastu france kacau shah pulak, obvious gila kena aim
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2024 01:27 PM | Show all posts
bak kata orang dulu2

hak tuan rumah untuk menang juara

buat taik macam mana pun, juri akan berpihak tuan rumah
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2024 01:37 PM From the mobile phone | Show all posts
uori replied at 11-8-2024 01:21 PM
Betul, memang nampak jelas. Pastu france kacau shah pulak, obvious gila kena aim

Mujur dah out jugak france tu kan
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2024 01:41 PM | Show all posts
Edited by nusaraya at 11-8-2024 06:08 PM
fefeeling replied at 11-8-2024 12:32 PM
Kesian tp tulah benda nak jadi.. rules are rules. No need nak bandingkan dgn acara kt Rio 8 tahun le ...

Betul-betul pembelaan diri yang bodoh dan bahlul yang dilakukan oleh Azizulhasn....

Kita pun tahu dan paham bahwa case Azizulhasn  itu cerminan  karakter asli orang melayu  ... Menuduh adanya konspirasi atau niat jahat  pihak lain yang digunakan sebagai "alasan" atau "kambing hitam" atas kegagalannya itu  ....


Apakah Azizulhasn masih berpikir bahwa semua orang (termasuk wasit atau pengadil) sengaja bertindak curang ?    Hehehehe


Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2024 03:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Muka pacer mcm Zain Saidin versi tanned.
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2024 03:37 PM From the mobile phone | Show all posts
edsassin replied at 11-8-2024 01:12 PM
Korang ni tengok video ke tak yang memang france himpit dato? Dia kedepan sebab plan taktik dgn coac ...


Betul...jijoe ke depan sket tu dah betul
Yg france tu mmg himpit dia
Masa dgn shah pun france tu kuat himpit, terus dh DQ wpun dpt no2. Sbb dia dah kena warning

Netizen lupa gamaknya tokyo 2020 semua kecam jijoe sbb lambat gerak.
Masa tu J. Kenny pecut awal, yg belakang dia lambat tak follow.

Paris24 ni J. Kenny dah takde...H layvarasen pemenang gangsa tokyo20.
So chances utk jijoe mng tu tetap ade wpun usia dia dah meningkat.
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2024 03:42 PM From the mobile phone | Show all posts
mawardia replied at 11-8-2024 03:28 PM
Muka pacer mcm Zain Saidin versi tanned.

Kat fb netizens dah ckp cikta tak ikat laki.
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2024 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
asfaz replied at 11-8-2024 03:42 PM
Kat fb netizens dah ckp cikta tak ikat laki.

Hahahaha so bukan aiol sorang la ni yg nampak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2024 05:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Hanayo punca jijo kena cash...si ahso tu sebut nak hadiahkan pingat emas buat sakapeliwat sempena besday heshe smlm...hareiii
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2024 05:37 PM From the mobile phone | Show all posts
"We must face it, it happened, we have to deal with it, that is life. To go out like this is not great. All we can do is move forward. He knows the rule, he know he broke it, he is struggling to process that," said Beasly.

Vs melayu bg alasan kena himpit pacer lembab kena santau la bagai.

To me dah senior dlm sukan cycling ni patut dah masak dah dgn tactic2 kena himpit kena sondol bagai main kotor competitors bagai so mmg iols rasa dia play victim la.  Dulu minat tengok dia beraksi tp makin lama makin rasa berlagak pula.
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2024 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian dia. Selalu tgk dia update psl perkampungan olimpik paris. Buat i terfikir tak de la teruk sgt.

Nmpak dia betul2 dah mentally prepared utk berjuang. Sekali awal dah terbatal. Moga dia tabah.
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2024 06:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Xperlu xplain. Ada pertandingan, ada menang ada kalah. Yg kalah akan slalu berkata what if…and if only…
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 02:41 AM GMT+8 , Processed in 0.056770 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list