CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 48820|Reply: 6

[Tempatan] Rosmah tidak boleh tangguh lagi

[Copy link]
Post time 16-8-2024 08:41 PM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 17-8-2024 10:01 AM

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi, di sini, menolak permohonan Datin Seri Rosmah Mansor yang memohon penangguhan prosiding kes saman terhadapnya oleh syarikat barang kemas, Global Royalty Trading SAL.


Global Royalty Trading SAL yang berpangkalan di Lubnan menyaman Rosmah kerana mendakwa ia kehilangan lebih 44 unit barangan kemas yang telah diberikan kepada isteri kepada bekas Perdana Menteri itu.


Pada prosiding atas talian, Hakim Mahkamah Tinggi, Ong Chee Kwan memutuskan perbicaraan yang sepatutnya bermula pada Jun tahun depan akan berlangsung seperti yang ditetapkan.


Rosmah memohon prosiding ditangguhkan hingga rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya untuk memasukkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kerajaan Malaysia sebagai pihak ketiga, belum diputuskan Mahkamah Rayuan.


Menurut peguam Rosmah, Rajivan Nambiar, rayuan anak guamnya belum selesai di Mahkamah Rayuan untuk membawa PDRM dan kerajaan sebagai pihak ketiga.


“Tujuan penangguhan ini adalah untuk memastikan andai prosiding berjalan di Mahkamah Tinggi, ia tidak sepatutnya menjejaskan prosiding pihak ketiga sekiranya Datin Seri berjaya dalam rayuan.


“Mahkamah Tinggi pula hari ini memutuskan jika rayuan memasukan pihak ketiga berjaya,  mahkamah akan memberi arahan baharu mengenai prosiding antara defendan dengan pihak ketiga. Kerana itu, setakat ini tidak ada sebarang penangguhan,” katanya.


Pada tahun lalu, Global Royalty memfailkan saman dengan mendakwa Rosmah berbohong apabila menyatakan 44 unit barang kemas termasuk kalung berlian, anting-anting, cincin, gelang dan tiara yang diserahkan seorang ejen syarikat itu kepadanya dirampas pihak berkuasa Malaysia.



Rampasan itu berkait dakwaan kesalahan bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.


Global Royalty juga mendakwa Rosmah telah mengalihkan beban kepada kerajaan Malaysia walaupun barangan kemas itu telah hilang. – MalaysiaGazette


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-8-2024 09:51 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2024 09:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Pakai barang kemas juta2 pun hodoh jugak hasil nya...
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2024 10:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Nape la acik ros p buat muka?
Mesti she menyesal
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2024 10:27 AM | Show all posts
terjawab dah fitnah yang konon kononnya rosmah yang beli barang kemas tu semua
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2024 10:28 AM | Show all posts
sapeka replied at 17-8-2024 10:02 AM
Nape la acik ros p buat muka?
Mesti she menyesal

muka keletihan setelah bertungkus lumus menubuhkan konglomerat grab
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-8-2024 11:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 08:09 AM GMT+8 , Processed in 0.039128 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list