CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30224|Reply: 11

[Politik] Menang besar, benarlah ramalan KJ

[Copy link]
Post time 18-8-2024 09:43 PM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 29-9-2024 01:23 AM

Update:



Kuala Lumpur: Gelombang atau momentum kemenangan Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (Dun) Nenggiri bakal dibawa dalam satu lagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Mahkota yang akan berlangsung pada 28 September ini.

Penganalisis politik Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, kemenangan itu juga membawa imej positif bagi Perhimpunan Agung Umno (PAU) bermula Rabu ini bahawa parti itu mampu pulih dan bangkit selepas proses pembersihan dalaman dilakukan sebelum ini.

Katanya, kemenangan besar BN yang berjaya merampas semula kerusi Dun Nenggiri daripada Perikatan Nasional (PN) adalah berdasarkan beberapa faktor antaranya seperti kempen tempatan yang berkesan dan pakatan strategik dengan Pakatan Harapan (PH).

"Faktor lain adalah kepimpinan (Presiden Umno) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang enam kali pergi ke Nenggiri dalam PRK ini, menyusun strategi secara lebih efisien dan menangani kebimbangan pengundi pada tahap yang lebih lokal.

"Selain itu, terdapat rasa keletihan dalam kalangan pengundi terhadap kepimpinan atau dasar Pas yang menyebabkan peralihan sokongan. Keupayaan Umno untuk memanfaatkan sentimen ini dan menawarkan alternatif yang berdaya maju mungkin memainkan peranan utama dalam mencapai kemenangan.

Kejayaan ini sememangnya boleh meningkatkan moral bagi Kerajaan Perpaduan dengan menunjukkan keberkesanan gabungan mereka dan keupayaan untuk menang di kawasan yang mencabar," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

BN berjaya merampas semula kerusi Dun Nenggiri selepas calonnya Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani menang dalam PRK kawasan itu dengan majoriti besar 3,352 undi.

Ketua Pemuda Umno Kelantan itu memperoleh 9,091 undi untuk menewaskan pencabarnya calon Pas, Mohd Rizwadi Ismail mewakili PN yang meraih 5,739 undi.

Mengulas lanjut, Awang Azman berkata, pihaknya melihat isu berkaitan kaum, agama dan raja (3R) termasuk kontroversi komik Superman Hew dan tuduhan pengaruh DAP terhadap Umno semasa kempen dalam PRK Nenggiri juga tidak berkesan dalam 'menggugah' pangkalan pengundi tertentu.

Harian Metro


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-9-2024 07:54 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2024 10:03 AM | Show all posts
alhamdulillah rakyat dah dpt menerima umno semula
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2024 04:47 AM From the mobile phone | Show all posts
honam replied at 19-8-2024 10:03 AM
alhamdulillah rakyat dah dpt menerima umno semula

Adekah Sarawak dapat menerima BN semula
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2024 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Ramalan kj tak jinx ke?
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2024 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Seronok la presiden bn kalo menang lagi kali ni,silap2 x jadi nk letak jawatan pasni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-9-2024 01:10 PM From the mobile phone | Show all posts
InsyaAllah! Gabungan archenemy pkr umno dap formula yg tepat utk lanskap politik malaysia skrg...geng dap boleh vote, geng umno bn boleh vote, geng bangnon boleh vote calon syed hussein ni tanpa was was
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2024 02:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Ye.. memang besar pon
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2024 02:25 PM | Show all posts
Harapan menang tu pasti ada.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2024 04:22 PM | Show all posts
macam prk-prk sebelum pru ritu. semua bn kitai. sekali pru, terduduk.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2024 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts
isu teresa kok(sijil halal) vs isu ak47.....kemana undi melayu???
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2024 08:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 27-9-2024 08:19 PM
isu teresa kok(sijil halal) vs isu ak47.....kemana undi melayu???

Kita bukan undi DAP..
Wak jasmin wagiman.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 03:25 AM GMT+8 , Processed in 0.053044 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list