CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 35139|Reply: 0

[Perlis] Wan Badariah kembali bertugas seperti biasa - MB Perlis

[Copy link]
Post time 28-8-2024 07:31 PM | Show all posts |Read mode
Wan Badariah kembali bertugas seperti biasa - MB Perlis

28 Ogos 2024 06:57pm




Laporan Sinar Harian.




KANGAR - Exco Kemajuan Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Perlis, Wan Badariah Wan Saad telah kembali bertugas minggu lepas.

Beliau sebelum ini menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini selepas mengalami komplikasi jantung dan paru-paru.



Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata, portfolio Wan Badariah, 48, yang digalas dua Exco iaitu Exco Pembangunan Belia dan Kemajuan Sukan Perlis Wan Zikri Afthar Ishak dan Exco Kesihatan Perlis Megat Hashirat Hassan sudah diserahkan semula kepada beliau.

"(Wan Badariah) dah okey, dia dah masuk bertugas seperti biasa dan tanggung kerja pun semua dah selesai, portfolio tugas dah serah balik,” kata Mohd Shukri kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.


Pada 15 Mei lepas, Bernama melaporkan Wan Badariah yang juga memegang portfolio Pemerkasaan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu ditidurkan pada petang 14 Mei akibat penyakit tersebut.

Wan Badariah merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mata Ayer daripada parti Pas. - Bernama

https://www.sinarharian.com.my/article/682777/edisi/utara/wan-badariah-kembali-bertugas-seperti-biasa---mb-perlis


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-9-2024 09:24 PM GMT+8 , Processed in 0.097488 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list