CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23828|Reply: 0

[Pulau Pinang] Dua keldai akaun ditahan, mangsa kerugian lebih RM130,000

[Copy link]
Post time 29-8-2024 02:47 AM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 29-8-2024 02:49 AM

Dua keldai akaun ditahan, mangsa kerugian lebih RM130,000

28 Ogos 2024 08:41pm




Polis menahan dua lelaki dipercayai keldai akaun. Foto hiasan




BALIK PULAU - Polis menahan dua lelaki yang disyaki menjadi keldai akaun kepada sindiket penipuan berasingan hingga menyebabkan beberapa mangsa kerugian RM132,152 baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden Kamarul Rizal Jenal berkata, kedua-dua lelaki itu ditahan berasingan di daerah itu hari ini dan semalam oleh sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya.


"Seorang lelaki berusia 33 tahun ditahan hari ini di pekarangan Balai Polis Bayan Lepas, di sini kerana menjadi keldai akaun kepada sindiket penipuan iaitu pelaburan saham yang tidak wujud melalui Facebook.

"Kes itu membabitkan laporan polis di Bayan Baru dan berdasarkan siasatan mangsa telah membuat beberapa transaksi dalam talian ke akaun bank yang berbeza dengan jumlah keseluruhan RM117,352," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.


Beliau berkata, bagi tangkapan semalam pula melibatkan lelaki berusia 55 tahun di tepi Jalan Sultan Azlan Shah, Bayan Lepas di sini kerana menjadi keldai akaun kepada sindiket penipuan pembelian kereta terpakai jenis Mini Cooper.

Kamarul Rizal berkata, pihaknya menerima laporan kes itu di Bayan Lepas dan mangsa telah membuat beberapa transaksi secara dalam talian ke akaun bank dengan jumlah keseluruhan RM14,800.


Beliau berkata, kedua-dua lelaki itu kini direman dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu tipu.

Dalam kes berasingan, Kamarul Rizal berkata, pihaknya menerima laporan polis oleh seorang guru wanita berusia 34 tahun dipercayai menjadi mangsa sindiket penipuan menggunakan teknologi Kecerdasan Buatan (AI).




Beliau berkata, mangsa menerima panggilan telefon daripada individu yang mendakwa daripada pihak Shopee dan memberitahu nama wanita itu telah berdaftar dengan syarikat kosmetik tanpa mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan (KKM).

Tambah beliau, mangsa seterusnya disambungkan ke talian menggunakan panggilan video dan telah bercakap dengan individu memakai pakaian uniform yang memperkenalkan diri sebagai seorang pegawai polis.

"Mangsa yang bimbang ditangkap oleh ‘pegawai polis’ itu kemudiannya membuat pemindahan wang sebanyak RM3,000 sebagai bayaran urusan audit dengan pihak bank sebelum menyedari telah ditipu dan membuat laporan polis," katanya. - Bernama

https://www.sinarharian.com.my/article/682793/berita/semasa/dua-keldai-akaun-ditahan-mangsa-kerugian-lebih-rm130000


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-9-2024 09:22 PM GMT+8 , Processed in 0.049695 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list