View: 11261|Reply: 6
|
Awie Masih ‘Steady’ Nyanyi Lagu ‘Di Penjara Janji’ – ‘Steady Dato.. Masa Tarik Tak Serah Mic Dekat Penonton’
[Copy link]
|
|
Umum mengetahui, lagenda rock negara iaitu Datuk Awie baru sahaja selesai mengadakan Konsert Journey Awie yang diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada Sabtu lalu.
Terbaharu, pelakon terkenal, Beto Kusyairy yang turut hadir ke konsert berkenaan memuat naik video memaparkan Awie yang sedang menyanyikan lagu popularnya yang berjudul ‘Di Penjara Janji’.
Menerusi perkongsian itu, kedengaran suara Awie yang begitu lunak menyanyikan lagu tersebut sehingga berjaya memukau ribuan penonton yang hadir.
"Tak tahu nak kata apa, dia (Awie) boleh ‘reach’ lagi range yang dah sedia tinggi! Kurniaan Tuhan."
"Moga terus diberikan kesihatan yang baik buat kekandaku, Datuk Awie."
Lebih mengagumkan, Awie juga berjaya menyanyikan bahagian paling susah dalam lagu tersebut di kala usianya yang sudah mencecah 55 tahun.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terpukau dengan kelunakan suara Awie ketika menyanyikan lagu tersebut.
Sumber – OhBulan |
|
|
|
|
|
|
|
Amboi zambri subri, berani kau komen gitu. Tak takut ke kena cantas dengan bini amy ses. Sheol pelopor kumpulan ses tauu… |
|
|
|
|
|
|
|
Haahaaha ckp gini baru teringat. Nampak hapis suib serah mic kat audien masa konsert ajai |
|
|
|
|
|
|
|
alieyrina replied at 2-9-2024 06:29 AM
Haahaaha ckp gini baru teringat. Nampak hapis suib serah mic kat audien masa konsert ajai
Aik dia pun sama.. pancit ke |
|
|
|
|
|
|
|
Awie mmg tak pernah menghampakan..sora tetap padu |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by nadie90 at 2-9-2024 03:08 PM
Yup masa dia jd guest utk konsert Ella, Tok Awie perform lagu Baldu Biru & Di Penjara Janji.....mmg telan kaset ya wlpun umur dh stgh abd.....Ella pun sma siap bergerak sana sini lagi....xrugi byr tiket utk tengok Tok Awie & Ella nyanyi |
|
|
|
|
|
|
| |
|