CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9150|Reply: 0

[Sabah] Golongan muda perlu martabatkan seni dan budaya

[Copy link]
Post time 1-9-2024 01:26 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 1-9-2024 06:10 AM



ALBUM: Christina (belakang, tengah) merakamkan gambar kenangan bersama para pemenang dan peserta dari 10 buah sekolah menengah.

KOTA KINABALU: Anak-anak muda diminta memartabatkan industri seni dan budaya di Malaysia, khususnya di Sabah.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew berkata, golongan muda adalah merupakan penyambung kepada warisan budaya tempatan.

"Penglibatan seawal usia mereka dalam kebudayaan merupakan langkah tepat dalam memupuk minat mereka dalam bidang seni dan budaya.

"Sehubungan dengan itu, saya menyeru semua pihak untuk bersama-sama menyokong padu usaha-usaha yang dilakukan di peringkat kerajaan negeri dalam memelihara dan memulihara warisan budaya kita agar sentiasa relevan sepanjang zaman," katanya ketika merasmikan Akademi Citra Seni Sabah (ACES) Sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2024, di sini kelmarin.

Beliau berkata, program ACES 2024 adalah sangat bermakna bagi Penganjuran ini adalah amat bermakna bagi memastikan adanya ruang dan peluang kepada pelajar-pelajar untuk terlibat sama dalam memastikan kebudayaan dapat diangkat ke peringkat lebih tinggi dan dalam masa yang sama semangat patriotisme dapat dihayati.

"Saya difahamkan bahawa, program ini telah melibatkan penyertaan daripada pelbagai sekolah di seluruh negeri dan 10 sekolah telah dipilih untuk bertanding di pentas utama pada hari ini.

"Seperti yang kita ketahui, Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah sebelum ini telah menganjurkan pelbagai program berkaitan kebudayaan dan kesenian dalam usaha mencungkil bakat seni dan menjadikan generasi muda celik budaya dalam bidang seni persembahan.

"Penganjuran program-program seperti ini adalah amat penting dalam memastikan kebudayaan bukan sahaja dinikmati oleh rakyat Sabah tetapi juga oleh masyarakat awam yang bukan berasal dari Sabah," katanya.

Menurutnya, penganjuran di kawasan membeli-belah yang padat dengan kehadiran pelancong juga secara tidak langsung dapat memperlihatkan kepada mereka tentang keunikan budaya di Sabah.

Pada masa sama katanya, usaha itu akan mempersiapkan generasi muda untuk berdepan dengan penonton daripada pelbagai peringkat.

"Pengalaman seperti ini mampu untuk membentuk jati diri dan sahsiah palajar-pelajar yang terlibat.

"Saya berharap agar peluang ini dapat dimanfaatkan oleh anak-anak muda kita untuk menunjukkan bakat dan kemahiran mereka terutamanya dalam bidang tarian.
"Penglibatan sekolah-sekolah juga adalah amat penting dalam memastikan pemeliharaan dan pemuliharaan warisan budaya pelbagai etnik di Sabah amnya dan Malaysia khususnya dapat diteruskan," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 08:45 AM GMT+8 , Processed in 0.078372 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list