CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 55108|Reply: 0

[Sarawak] Anggota polis maut motosikal hilang kawalan di selekoh

[Copy link]
Post time 1-9-2024 06:09 PM | Show all posts |Read mode




Lokasi kemalangan di Batu 35 Jalan Pan-Borneo Bintulu-Miri, semalam.

BINTULU: Seorang anggota polis berpangkat korporal maut apabila motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan lalu terbabas ke penghadang jalan di kawasan Batu 35 Jalan Pan-Borneo Bintulu-Miri pada pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Bintulu Superintenden Nixon Joshua Ali berkata, semasa kejadian, mangsa yang berumur 43 tahun itu dikatakan sedang bergerak dari arah Mukah menghala ke Miri.

"Sampai di satu selekoh di Batu 25, motosikal yang ditunggangnya itu tiba-tiba hilang kawalan dan terbabas ke sebelah kanan jalan," ujarnya.

Menurutnya, akibat kemalangan tersebut, mangsa yang mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala serta badan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan Hospital Bintulu.

Dalam masa sama, Nixon menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan berita yang tidak benar mengenai insiden yang berlaku kerana dikhuatiri boleh menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat.

Beliau turut menggesa mana-mana pihak yang mempunyai maklumat atau terlihat kemalangan untuk tampil ke hadapan dan menghubungi pegawai penyiasat kes Inspektor Lydia Allan dari Balai Polis Trafik Bintulu di talian 086-338575 atau Bilik Gerakan IPD Bintulu (086-318304).


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 08:03 AM GMT+8 , Processed in 0.048005 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list