CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25813|Reply: 0

[Sarawak] Penganjuran festival WAK diharap terus berkembang seperti RWMF

[Copy link]
Post time 4-9-2024 05:01 PM | Show all posts |Read mode


Abdul Karim (empat kanan) bersama peserta yang terlibat dalam Festival WAK 2024 selepas majlis pelancaran. - Gambar Mohd Faisal Ahmad

KUCHING: Penganjuran festival What About Kuching atau dikenali sebagai WAK diharap akan terus berkembang dan menjadi salah satu acara utama di negeri ini seperti Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF).
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Abdul Rahman Hamzah optimis perkara itu dapat dicapai memandangkan ia kini mendapat sambutan memberangsangkan sama ada tempatan atau dari luar.

Katanya, sama seperti RWMF yang bermula dari skala kecil dengan hanya 300 pengunjung pada mula penganjurannya, festival itu kini mampu menerima sehingga hampir 30,000 pengunjung pada tiga hari acara berlangsung.

“Kita melihat bagaimana ia berkembang dan saya berharap WAK dengan sokongan berterusan daripada semua, akan menjadi salah satu acara utama bukan sahaja di Sarawak bahkan di rantau Asia Tenggara.

“Saya percaya ia dapat berkembang memandangkan ia merupakan satu-satunya acara seumpamanya yang melibatkan belia kita dengan memberi peluang kepada mereka mempamerkan dan mempersembahkan bakat mereka.

“WAK adalah satu platform kepada belia kita menunjukkan bakat mereka selain merasa dihargai oleh kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap semasa merasmikan pelancaran Kalendar Festival WAK 2024 edisi ke-6 yang dihadiri dua Datuk Bandar iaitu Datuk Bandar Kuching Utara Hilmy Othman dan Datuk Bandar Kuching Selatan Dato Wee Hong Seng di sini, hari ini.

Menurut Abdul Karim bukan itu sahaja WAK kini semakin dikenali apabila pada tahun ini, penganjur telah memperluaskan lagi aktiviti iaitu di Sibu dan Miri.

Ujarnya meskipun WAK mengekalkan nama, yang membawa nama Kuching, namun ia tetap menerima sambutan di Sibu dan Miri.

“WAK kini sudah mempunyai namanya sendiri dan saya amat kagum dan ia memberi inspirasi kepada kita.

“Kementerian akan terus menyokong aktiviti seperti ini yang dilihat mampu berkembang dari skala kecil ke lebih besar, yang boleh membangunkan bakat belia dalam pelbagai acara,” katanya yang juga Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan.

Katanya, menerusi pengalaman dan persembahan di WAK itu nanti, ia mampu membawa belia yang berbakat ke peringkat lebih jauh.

Festival WAK 2024 yang diadakan sepanjang Oktober iaitu dari 1 hingga 31 Oktober menyediakan lebih 200 acara atau aktiviti setiap hari di pelbagai tempat di Kuching.

Hadir sama Senator Datuk Ahmad Ibrahim, Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP) Tan Kai dan Pengerusi Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) Dato Peter Minos.


https://www.utusanborneo.com.my/2024/09/03/penganjuran-festival-wak-diharap-terus-berkembang-seperti-rwmf




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 08:03 AM GMT+8 , Processed in 0.043472 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list