CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 34414|Reply: 0

[Sabah] Ekosistem sungai perlu dilindungi bersama

[Copy link]
Post time 4-9-2024 05:13 PM | Show all posts |Read mode


ALBUM: Christina (duduk, tengah) bersama tetamu kehormat serta para peserta bengkel merakamkan gambar kenangan.

KOTA KINABALU: Ekosistem sungai termasuk kawasan riparian, iaitu kawasan di sekitar sungai juga perlu dilindungi.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Christina Liew berkata, ia juga bagi menjamin kestabilan ekosistem dan perlindungan biodiversiti khususnya habitat kepada pelbagai hidupan liar.

"Selain daripada membekalkan sumber air kepada penduduk di negeri ini, pelbagai aktiviti sosio-ekonomi penduduk tempatan seperti aktiviti perikanan dan pelancongan juga banyak bergantung kepada sungai-sungai yang ada.

"Dalam sektor pembangunan, permintaan bagi bekalan pasir dan batu sungai semakin meningkat seiring dengan peningkatan aktiviti pembangunan di Sabah.

"Oleh itu, adalah penting untuk kita menguruskan sungai-sungai kita ini secara efisien dan mampan, demi kesejahteraan alam sekitar di negeri ini," katanya ketika merasmikan Bengkel Hala Tuju Pengurusan Sungai-Sungai di Sabah, hari ini.

Bagi tujuan itu katanya, Jabatan Perlindungan Alam Sekitar telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan bengkel bertujuan menghasilkan satu pelan hala tuju yang jelas dan komprehensif dalam pengurusan sungai-sungai di Sabah.

Katanya, ia termasuklah usaha untuk mengawal kualiti air sungai agar kelestarian ekosistem semula jadi sungai di Sabah terjamin.

"Pelaksanaan bengkel ini juga sememangnya tepat pada masanya  bersempena bulan sambutan Hari Sungai Sedunia yang disambut pada bulan September setiap tahun di seluruh dunia.   

"Bengkel kita pada hari ini, merupakan satu platform yang penting dalam merangka pelan bersepadu bagi hala tuju pengurusan sungai-sungai di Sabah," katanya.

Beliau berharap para peserta yang hadir pada bengkel berkenaan mampu menghasilkan satu pelan atau strategi yang berkesan bagi menangani pelbagai cabaran.

"Saya berharap agar semua peserta akan terlibat secara aktif, berkongsi pengetahuan dan pengalaman anda, bagi menghasilkan cadangan pengurusan yang praktikal.

"Saya yakin dengan kerjasama dan komitmen semua pihak, hasil bengkel ini akan memberikan impak yang positif terhadap pengurusan sungai-sungai di Sabah.

"Kertas Cadangan yang terhasil daripada bengkel ini akan saya ketengahkan kepada pihak berkaitan, agar dapat direalisasikan dalam kadar segera," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 07:32 AM GMT+8 , Processed in 0.045729 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list