CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6466|Reply: 0

[Sabah] Madius buat laporan polis sambungan haram di Lahad Datu

[Copy link]
Post time 5-9-2024 01:15 PM | Show all posts |Read mode


LAPORAN: Madius (tengah) bersama pegawai SESB menunjukkan laporan polis yang dibuat di IPD Lahad Datu.

LAHAD DATU: Pengerusi Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau membuat satu laporan polis berhubung kegiatan sambungan haram dan aktiviti mencuri elektrik yang dilakukan penduduk setinggan Kampung Puyut di sini.

Laporan berkenaan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu semalam.

"Saya bersama pasukan SESB membuat tinjauan di perkampungan setinggan ini dan mendapati sambungan haram dilakukan secara terang-terangan.

"Ini adalah satu kegiatan yang sangat serius dan saya terus ke IPD Lahad Datu untuk membuat laporan," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata, dianggarkan 1,000 rumah yang terdapat di Kampung Puyut mengakibatkan kerugian yang besar kepada SESB sehingga mencecah kira-kira RM1 juta.

Sehubungan itu, pihaknya membuat laporan untuk memohon pihak polis menyiasat siapakah individu-individu yang terlibat dalam sambungan haram itu.

"Saya juga meminta agar siasatan dibuat sama ada pemasangan sambungan haram ini dilakukan penduduk setinggan Kampung Puyut, sindiket atau kartel," jelasnya.

Ahli Parlimen Tuaran ini berkata, laporan terbabit turut bertujuan agar siasatan dijalankan sama ada sambungan haram itu melanggar mana-mana enakmen, akta atau undang-undang.

"Jika ya, apakah hukuman yang boleh disabitkan kepada individu-individu yang terlibat.

"Saya juga minta pihak polis menyiasat berapakah sebenarnya kerugian yang ditanggung SESB akibat kegiatan mencuri elektrik dan sambungan haram ini," katanya.

Pihaknya juga mahu memastikan tiada yang menjadi mangsa renjatan elektrik kerana sambungan haram terbabit sangat berbahaya.

"Ia boleh mengancam nyawa orang awam termasuk penduduk Kampung Puyut sendiri," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 09:22 AM GMT+8 , Processed in 0.369835 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list