CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12799|Reply: 0

[Sarawak] Pelancaran Baharu yang Mengujakan: Aster Court, Pembangunan Kediaman Utama Arden City

[Copy link]
Post time 5-9-2024 01:27 PM | Show all posts |Read mode


Perbandaran terbaharu Ibraco yang meriah, Arden City, bersedia untuk membuat pelancaran projek kediaman pertamanya—Aster Court

Aster Court: Di Mana Keselesaan Bertemu Kesalinghubungan
Aster Court menjadi bukti visi Arden City yang bercita-cita tinggi, dengan mengorak langkah pertama perbandaran ini ke alam kehidupan kediaman. Ia menampilkan dua blok kediaman, menempatkan sejumlah 672 buah unit yang direka dengan teliti. Setiap unit menawarkan pilihan saiz dari 531 kaki persegi hingga 1195 kaki persegi, termasuk pilihan unit dwi-kunci yang serba guna. Semua unit direka bentuk dengan mengutamakan gaya hidup moden, lengkap dengan balkoni dan halaman untuk meningkatkan pengalaman hidup anda.

Lokasi Utama dengan Kesalinghubungan yang Tidak Tertanding
Arden City mendapat manfaat daripada lokasinya yang strategik, dikelilingi oleh institusi kesihatan dan pendidikan yang penting. Pusat Kanser Sarawak yang akan datang, Hospital Pengajaran Unimas, dan Pusat Penyakit Sarawak semuanya berada dalam jarak yang mudah dicapai, memastikan penduduk mendapat akses kepada penjagaan perubatan yang terbaik. Selain itu, Pusat Jantung Sarawak yang terletak hanya di seberang jalan, dan UNIMAS yang juga berhampiran, menjadikan Aster Court pilihan utama untuk golongan akademik dan profesional.

Kesalinghubungan adalah ciri utama Arden City, dengan sistem Autonomous Rapid Transit (ART) yang akan dating, meningkatkan lagi kemudahan perjalanan. Stesen SMO5 Pusat Jantung Sarawak yang terletak di tapak perbandaran, menawarkan laluan berbumbung terus ke Arden City, memastikan penduduk menikmati akses yang lancar kepada pengangkutan.

Standard Baharu dalam Kehidupan Kediaman
Aster Court menetapkan standard baharu untuk pembangunan kediaman dengan rangkaian kemudahan yang lengkap serta direka untuk semua peringkat usia. Kemudahan ini termasuk kolam renang dan kolam kanak-kanak, gimnasium, dewan serbaguna, bilik permainan, gelanggang bola keranjang, kawasan permainan kanak-kanak, kawasan BBQ, dan tempat mencuci kereta.

Selain itu, Aster Court menawarkan pelbagai jenis pemandangan, membolehkan anda memilih latar belakang yang anda sukai, sama ada pemandangan kemudahan yang dinamik, pemandangan Arden City atau Kota Samarahan, atau pemandangan tenang dari Samarahan Country Club.

Alami Aster Court Secara Langsung
Pelancaran besar Aster Court dijadualkan pada 7 dan 8 September 2024, bertempat di Ibraco Gallery @ The NorthBank Kuching. Ini adalah peluang unik untuk menerokai unit pameran yang tersedia dan melihat sendiri apa yang menjadikan Aster Court menonjol. Pengunjung terawal akan menerima hadiah berupa cenderahati istimewa yang dibuat oleh kanak-kanak berkeperluan khas dari Persatuan Kebajikan dan Pembangunan Bakat Insan Istimewa Kuching (KATSN), yang juga akan mengadakan gerai jualan kraftangan hasil daripada ciptaan kanak-kanak berbakat istimewa ini, sekaligus menambahkan sentuhan peribadi kepada acara yang mengujakan ini.

Rakan Amal Ibraco, Hope Place, juga akan turut serta dalam acara pelancaran ini. Selama acara berlangsung, mereka akan menerima barangan terpakai daripada para penderma yang baik hati, serta menjual barangan-barangan terpakai untuk mengumpul dana bagi membantu mereka yang sangat memerlukan. Akhir sekali, terdapat juga makanan percuma yang akan disediakan oleh pelbagai penjual makanan jemputan yang akan turut serta dalam acara pelancaran ini kelak.
Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada komuniti perumahan terobosan Arden City. Tandai kalendar anda dan sertai kami untuk megalami Aster Court—di mana rumah idaman anda menanti.

Untuk maklumat lanjut dan untuk mengesahkan kehadiran anda ke upacara pelancaran, sila layari laman web kami atau hubungi kami di 082-361111. Kami menantikan kehadiran anda di Aster Court!


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 03:01 PM GMT+8 , Processed in 0.456798 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list