CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 36131|Reply: 69

Kapal peninjau tentera, pengawal pantai China dilapor berlegar di perairan Sarawak

[Copy link]
Post time 10-9-2024 09:32 PM | Show all posts |Read mode





KUALA LUMPUR: Kapal peninjau tentera China dan Pengawal Pantai China (CCG) dilaporkan berlegar di perairan Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) Malaysia, berdekatan pelantar minyak Velesto Energy NAGA 4, milik PETRONAS di Sarawak pada Sabtu.


Pengarah SeaLight.live, Raymond Powell dalam hantaran di media sosial mendakwa kapal frigat ringan 053H3 Jiangwei Kelas Dua itu kali terakhir dikesan berada di Terumbu Ubi selepas Automatic Information System (AIS) dimatikan menyebabkan kedudukan kapal itu tidak lagi dapat dipastikan.


Powell yang berkongsi analisis kedudukan kapal yang berada di kawasan berkenaan turut mendakwa aset Tentera Laut Diraja Malaysia iaitu KD Sundang dan KD Selangor telah digerakkan untuk menyertai aset Maritim Malaysia, KM Arau di Terumbu Ubi.


Pada 30 Julai lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan sebagai menggesa nelayan dan pemancing di Laut China Selatan untuk tidak bimbang dengan kehadiran kapal Pengawal Pantai China (CCG), khususnya di kawasan sekitar Beting Patinggi Ali.


Ia disusuli dengan beberapa insiden pertembungan pengawal pantai China dan Filipina yang menjadikan situasi di perairan di pertikaikan itu tegang, dengan yang terkini dilaporkan pada 31 Ogos lalu.





Pada 29 Ogos, sebuah portal media Filipina mendedahkan Nota Diplomatik daripada Kementerian Luar China kepada Kedutaan Besar Malaysia di Beijing pada Februari lepas mengenai bantahan China terhadap aktiviti eksplorasi minyak di Beting Raja Jarum dan Beting Patinggi Ali.


Untuk konteks, Astro AWANI menggunakan nama yang diiktiraf Malaysia bagi merujuk kepada kawasan beting dan terumbu milik Malaysia yang dipertikaikan berbanding nama yang dirujuk oleh China atau negara-negara lain.


Pada Khamis lalu, Anwar telah menegaskan Malaysia tidak akan menghentikan operasi meneroka kawasan yang berpotensi mempunyai minyak dan gas di Laut China Selatan biarpun wujud bantahan daripada China kononnya negara ini telah melepasi sempadan yang dibenarkan.


Walau bagaimanapun, Astro AWANI masih menunggu kenyataan rasmi Kerajaan Malaysia mengenai operasi kapal China di perairan Sarawak baru-baru ini.





Sumber – Astro Awani
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2024 09:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Kita perlukan bantuan amerika dekkkk…
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2024 10:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Teresa cock tersenyum sinis.
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2024 10:17 PM From the mobile phone | Show all posts
pooh~key: Kita perlukan bantuan amerika  ...


Tapi pmx bukan ke baru balik dari china cakap dapat jalin kerjasama macam2.kapal ni pulak berkuntum kat malaysia macam tak selari dengan apa yg pmx cakap
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2024 10:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Tu le pepandai bg nama laut china selatan, so dia ingat dia punya, padahal jauh kot. Jd nama LCS tu sbb omputih dulu nk berdagang g china lalu laut tu, so ckp we are at South. Padahal beribu kilometer lg. Semoga kapal2 china tu dilanda badai tetiba.
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2024 10:25 PM | Show all posts
Platform tu nmpk creepy dlm setting cmtu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-9-2024 12:07 AM | Show all posts
sekali lagi kedaulatan Malaysia diperkotak-katikkan
now, what will you do wahai pemimpin-pemimpin, serta negara beraja Malaysia?

tentera bawang Malaysia tak dapat tenggelamkan kapal perang
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2024 12:09 AM | Show all posts
Belibis: Teresa cock tersenyum sinis.

i syak DAP ni ada pakat dengan geng China sana.
kira musuh dalam lipatan la gitu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2024 12:11 AM | Show all posts
akido_kido replied at 10-9-2024 02:17 PM
Tapi pmx bukan ke baru balik dari china cakap dapat jalin kerjasama macam2.kapal ni pulak berkuntu ...

China bakal ada krisis tenaga. elektrik China 60% di jana arang batu.
Gas asli production lagi rendah berbanding consumption.
30% GDP dia datang daripada industri.
boleh bayang apa jadi kalau elektrik takde.
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2024 12:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Bos2 berjabat tangan
Pekerja bawahan jadi lanun
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2024 01:08 AM From the mobile phone | Show all posts
At last ada pun news psl ni..

Setelah media didivertkan dgn kisah abg bas...

Ni pun sbb kapal china dh makin berani masuk perairan msia..klu x confirm xde berita lg


Berapa lama lg nk bersahabat sejati dgn china ni?hmmm


Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2024 01:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Mana menteri KDN Mentah dgn PMX?

Tu dh ada org post news kat dlm X..takmau response mcm Nancy responded kes abg bas ka?
Berdesup kena tahan dan charge even xde polis report in the beginning

Ni isu kedaulatan negara lepas bulan kemerdekaan plak tu..ni lagi besar dari amang s3ksual

Tp response sendurina di pagi raya sajork
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2024 01:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by B40tastePosh at 11-9-2024 01:19 AM

Petroleum Sarawak Berhad buat apa?

Sarawak takda tentera Sarawak ke?

Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2024 01:18 AM From the mobile phone | Show all posts
L.U.S.M replied at 11-9-2024 01:14 AM
Mana menteri KDN Mentah dgn PMX?

Tu dh ada org post news kat dlm X..takmau response mcm Nancy respo ...


Apa tindakan Sarawak?

Kenapa Malaya yang kena uruskan kawasan Petroleum Sarawak Berhad?
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2024 01:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukan benda baru pun

Dh lama diorg jalan2 kt beting patinggi ali tu

Tapi at least 2021 kita tuntut penjelasan dari China

Skrg mcm dh bisu je..maklumlaaa bff kan
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2024 01:26 AM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 11-9-2024 01:18 AM
Apa tindakan Sarawak?

Kenapa Malaya yang kena uruskan kawasan Petroleum Sarawak Berhad?

kenapa Sarawak duk ada dlm Msia???
Lepas tu jawab apa keje navy dgn apmm plak

Ko jawab soalan ni jap
Aku nk tidur
.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2024 01:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Kawasan tu bukan kawasan Kedaulatan Persekutuan Malaysia, tak perlu pun Malaysia nak sebok sebok

Suruh je Sarawak uruskan sendiri kawasan Kedaulatan Perairan Sarawak.

Tak koser la nak layan perairan diorg ni. Kalau masuk Perairan Selangor ye la aku nyebok nyebok.
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2024 02:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by B40tastePosh at 11-9-2024 10:23 AM
L.U.S.M replied at 11-9-2024 01:26 AM
kenapa Sarawak duk ada dlm Msia???
Lepas tu jawab apa keje navy dgn apmm plak



Kawasan tu tuntutan MA 63 kan....Sarawak mahukan seluruh kawasan luar 10 batu nautika patuh dgn MA63. Sedangkan kawasan tu sepatutnya kawasan di bawah Kerajaan Persekutuan.

Kalau luar 10 batu nautika kena akur sebagai wilayah Sarawak....suruh saja lah Sarawak fight sendiri kawasan tu dari semua tuntutan luar termasuk pertahankan dari pencerobohan luar.

Orang Sarawak ni kiri kanan dia nak makan.

Sudah lah korang punya kontitusi Sarawak tiru bulat2 dari Konstitusi Federasi Malaya tanpa fight dari Crown British dengan issue any bill pada Parlimen Inggeris. Majlis Mesyuarat Negeri Selangor (Parlimen/DUN) tahun 1877 rakyat Selangor buat keputusan tanpa bersidang Parlimen Inggeris bukan macam Sarawak kau tu.

Ko fikir adil ke Konstitusi Sarawak, sebuah Jajahan Kemahkotaan Inggeris (keputusan pun dari Parlimen Inggeris) copy bulat² Konstitusi dari jajahan Indirect Rules dan Direct Rules oleh British? Ko fikir adil???

Semasa Sarawak dijajah Kemahkotaan Inggeris keputusan pun dari bill yang diluluskan oleh Parlimen Inggeris, tiba² kau nak tuntut sama hak dengan Negeri² Melayu yang ada Majlis Negeri Selangor yang bersidang sejak tahun 1877.

Tu namanya mencuri juga
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2024 02:18 AM From the mobile phone | Show all posts
PULANGKAN replied at 11-9-2024 12:07 AM
sekali lagi kedaulatan Malaysia diperkotak-katikkan
now, what will you do wahai pemimpin-pemimpin, s ...

Sorry Perairan Sarawak bukan Kedaulatan Malaysia menurut MA63.

Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2024 02:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by B40tastePosh at 11-9-2024 02:27 AM

Kalau Cobbold Commision berlaku adil mereka akan ambil pendapat dengan undian dari Malayan samaada Sarawak dan Sabah boleh menyertai masuk dalam Federasi bersama negeri2 di Malaya.

Tapi Cobbold Commision berlaku tidak adil pada Malayan dan hanya ambil persetujuan dari Pemimpin UMNO.

Kalau Cobbold Commision buat semula undian samada Sarawak dan Sabah boleh terus sertai Federasi atau Keluar. Aku akan Vote KELUAR LEAVE.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 10:44 PM GMT+8 , Processed in 1.202781 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list