Diterbitkan: Sep 11, 2024 11:10 AM
Dikemaskini: 11:20 AM
Bekas pembantu penyelidik kepada Anwar Ibrahim, Muhammed Yusoff Rawther, kini berada dalam tahanan reman polis kerana disyaki memiliki senjata api dan dadah.
Peguamnya, Rafique Rashid, memberitahu Yusoff ditahan polis Kuala Lumpur kira-kira 9.30 pagi pada 6 Sept lalu.
“Polis dilaporkan menemui dua pucuk pistol dan 305g dadah dipercayai ganja dalam kenderaan yang dinaikinya.
"Yusoff telah ditahan reman sejak 6 Sept lalu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dia juga menjelaskan Yusoff ditahan reman bagi membantu siasatan yang dibuat mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952. Sebelum itu, katanya, polis memohon agar Yusoff direman mengikut Akta Senjata 1960 namun ditolak mahkamah.
"Yusoff telah memberitahu pegawai penyiasat bahawa senjata api dan dadah itu bukan miliknya dan dia tiada kaitan dengan bahan terlarang berkenaan.
"Ujian air kencingnya juga negatif," kata Rafique.
Ada sensitiviti tersendiri
Yusoff sebelum ini mengemukakan saman terhadap Anwar kerana mendakwa dirinya diserang secara seksual oleh perdana menteri terbabit.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur baru-baru ini menetapkan tujuh hari pada Jun tahun depan untuk melangsungkan perbicaraan penuh saman berkenaan.
Peguam yang mewakili Anwar, Navpreet Singh, berkata perbicaraan tersebut akan dijalankan di hadapan hakim John Lee Kien How @ Mohammad Johan Lee pada 16 hingga 19 Jun, dan 23 hingga 25 Jun 2025.
Rafique menambah dalam kenyataannya Yusoff memberitahu polis bahawa pistol dan dadah itu diletakkan sebagai perangkap oleh pihak yang berdendam atau bermusuhan dengannya.
Kata peguam itu lagi, nama-nama pihak yang dimaksudkan oleh Yusoff itu serta kaitannya dengan pemimpin politik negara ini sudah dimaklumkan kepada polis.
Rafique Rashid
Tambah Rafique, Yusoff memohon kepad apolis untuk dibenarkan membuat laporan polis berhubung perkara tersebut agar pembelaan dapat dibuat seawal mungkin.
"Yusoff amat risau tentang keselamatan beliau, apatah lagi kes-kes sivil beliau terkait dengan individu-individu berpengaruh masih berjalan.
"Kes-kes ini mempunyai sensitivitinya tersendiri," katanya.
Menurut Rafique lagi, semua ahli keluarga Yusoff teguh sokongan kepadanya dan berharap polis melaksanakan tugas mereka dengan profesional.
"Reman Yusoff akan tamat pada esok (12 Sept) dan perkembangan lanjut akan diketahui lewat petang ini," katanya.
ya... dgar ceritanya begitu lah.... mentang2 kes dia n saya ulaaammmm tu nak dekat, dan2 kena tangkap.... lepastu, x keluar berita pun masa awal2 kena tangkap... dah lama kena tangkap bru kecoh, itupun ada orang lain bagitahu.... ikutkan kalau kena tangkap haritu cepat je keluar berita utama since dia ni ada kes dgan pmx...
Post time 11-9-2024 04:46 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Orix replied at 11-9-2024 03:57 PM
bila bangnon hang nak saman atok nak dakwa atok ??? dlu bukan main berkotak2 citer nya... yg lawak ...
Atok x bodoh kayakan diri sendiri jah...Anak2 atok smpai skrg tak setel lagi istihar harta yg sprm mintak ...hmm..byk sgt kot harta yg dikumpul 22tahun jadi PM smpai skrg pun istihar harta x setel2 lagi...bijak betul Atok 22 tahun jadi pm mengkayakan anak beranak beliau...sprm tgh siasat la tu..tunggu je lah pasni kita tengok sape yg kenaaa....
Kahkahkah... padahal dulu berdegar2 sana sinun berkotak2 bukti katanyehh... ujong2 nan hado.... dh x dpt nk bagi bukti vavi terbang, pergi suruh anak2 atok isytihar harta termasuk harta2 40 tahun lepas pulakkkk..... 22 tahun 22 bulan atok jd PM xde ke kes yg lg strongg yg bangnon hang boleh dakwa ??? kui3.... ujong2 2025 bangnon hang masih lg dengan kes gila seks nya since 1998... itupun masih ada lagi yg sokong bangnon... peninggg
Post time 11-9-2024 05:38 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Orix replied at 11-9-2024 05:21 PM
Kahkahkah... padahal dulu berdegar2 sana sinun berkotak2 bukti katanyehh... ujong2 nan hado.... dh ...
Atok hg tu skrg tgh x keruan ketaq lutut x lama lagi anak2 dady bakal ke Kajang jadi cellmate Boskuu..sbb tu Saka tua hari2 dok meracau main sentimen melayu terancam lah, Msia blom merdeka kena jajah ngn kjaan lah..loll..dasar tua nyanyok tahap liang lahad!!!
hahaha... kes pun tarak nak dakwa lagi verangan nak ke kajang... sama jah la hang dgan bangnon hang.... air liur je lebih, action yilekkk.... silap2 bangnon hang yg balik ke penjara lepas dh hilang support dari bff wak 47 kes... hoi hoi ya hoi siapa sokong penyamunnn
"...Muhammed Yusoff was the grandson of Mohamed Idris, the late and former chairman of the Penang Consumer Association of Penang (CAP) chairman. Anwar and Mohamed Idris were long time friends. Muhammed Yusoff became a research officer for Anwar, under his former political secretary Farhash, where they stayed at Anwar’s PJ house when Anwar and his wife weren’t living together. There were tensions between Muhammed Yusoff and Farhash." - MH