View: 36291|Reply: 12
|
[Tempatan]
Pemimpin AMANAH Mohamed Hanipa Maidin: Jika saya presiden, saya bawa AMANAH keluar kerajaan. #11, Mat Sabu enggan ulas gesaan AMANAH keluar kerajaan
[Copy link]
|
|
Edited by EJALTI at 12-9-2024 08:43 AM
Hanipa: Jika saya presiden, saya bawa Amanah keluar kerajaan
https://www.malaysiakini.com/news/718881
RK Anand
Diterbitkan: Sep 11, 2024 6:36 PM
Dikemaskini: 6:38 PM
Pemimpin Amanah Mohamed Hanipa Maidin kesal dengan kerajaan perpaduan kerana keadilan masih sukar dicapai dalam kes Ong Ing Keong, pemandu e-hailing pekak yang diserang oleh anggota polis.
Bekas timbalan menteri undang-undang era pentadbiran PH 2018 itu berkata jika dia menerajui Amanah maka dia tidak akan teragak-agak untuk mendesak mesyuarat agung luar biasa (EGM).
"Jika saya presiden Amanah (yang saya tidak berminat dan tidak layak), saya akan mendesak EGM untuk mengundi sama ada untuk kekal atau keluar daripada kerajaan perpaduan. Selesai.
"Jika saya Peguam Negara (yang saya tidak berminat dan tidak layak), saya akan mendakwa pelaku jenayah yang didakwa tanpa takut atau pilih kasih, insyaAllah," katanya kepada Malaysiakini.
Hanipa berkata dia tidak berpuas hati dengan penjelasan jurucakap kerajaan Fahmi Fadzil, mengenai soalan sekiranya kabinet telah membincangkan kes ini dan memorandum yang dihantar kepada Pejabat Perdana Menteri (PMO).
"Pada pandangan saya, ini kes yang paling mudah. Terdapat seorang pesalah yang didakwa. Terdapat seorang mangsa yang disahkan. Terdapat undang-undang yang jelas.
"Terdapat seorang perdana menteri yang telah mengisytiharkan kepada seluruh dunia kerajaan baru akan mempertahankan dan menegakkan kedaulatan undang-undang.
"Terdapat seorang peguam negara yang diamanahkan untuk membawa pesalah yang didakwa ke mahkamah," katanya.
Hanipa yang mengulas tuntutan dalam memorandum yang dihantar ke PMO tersebut berkata tidak perlu perdana menteri untuk menubuhkan suruhanjaya siasatan.
"Apa yang sangat diperlukan hanyalah kemahuan politik. Selesai.
"Pada pandangan saya, hal ini dengan segala hormatnya amat memalukan," katanya.
Terdahulu, Malaysiakini melaporkan penasihat Lawyers for Liberty (LFL) N Surendran berkata lebih 100 hari telah berlalu sejak serangan yang melibatkan anggota polis pengiring Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
"Sejak hari pertama, pihak polis sudah mengetahui siapa pelaku tersebut. Rakaman dashcam serangan itu telah diberikan kepada polis pada hari kejadian.
"Apa justifikasi yang mungkin untuk kegagalan membawa pelaku dan sesiapa yang bersubahat atau cuba menutup kes ini ke muka pengadilan," soalnya.
Surendran juga membangkitkan Pejabat PM 'membisu' mengenai memorandum tersebut dan surat LFL kepada Peguam Negara masih belum dijawab.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
keling mmg suka sembang gegar. ko berada dlm position fahmi pun akn jawab benda yg sama jugak.biasalah org takde jawatan ... |
|
|
|
|
|
|
|
EJALTI replied at 11-9-2024 06:46 PM
Muka bamg mat ada bau mah ke tuuuuu |
|
|
|
|
|
|
|
EJALTI replied at 11-9-2024 06:46 PM
Dulu2, ramai gak porumer guna pic nih nak relate dgn kes bur*t Mah |
|
|
|
|
|
|
|
betul ke dia jilat bur*t Mah?
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by terma2nkondisi2 at 12-9-2024 10:31 AM
kalau dulu dilaung2kan sbg pejuang rakyat, memperjuangkan nasib rakyat yg ditindas dan sbgnya... sekarang senyap je tak berkutik
sampai dah keluar video yg mmg nampak yg polis pengiring tu tumbuk pemandu oku tu tapi masih senyap sunyi je politikus2 yg dulunya dilihat sbg pejuang2 rakyat
yg menumbuk tu polis pengiring, bukannya vvip.. apesal yg mcm susah sangat je mangsa yg ditumbuk utk dptkan keadilan bagi dirinya
politikus2 kerajaan dan pembangkang sama2 senyap pasal kes ni
edit: nak tambah lagi... walanon2 suka sembang gegar.. dulu2 sembang gegar kalau politikus2 pujaan naik jadi pemimpin2 kerajaan, hak rakyat akan diperjuangkan habis2an.. tengok2 sekarang ni senyap sunyi je |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Teringat dia pengsan Tun Mahathir sambung je ucapan |
|
|
|
|
|
|
|
Terserlah Pakatan Harapan ni hanyalah Pakatan Harapan Palsu, Pakatan Tak Boleh Diharap, Pakatan Hancing dan Pakatan Hipokrit |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by EJALTI at 12-9-2024 08:44 AM
Mat Sabu enggan ulas gesaan Amanah keluar kerajaan
https://www.malaysiakini.com/news/719004
Shakira Buang
Diterbitkan: Sep 12, 2024 2:08 PM
Dikemaskini: 2:23 PM
Presiden Amanah, Mohamad Sabu enggan mengulas cadangan agar parti itu mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) bagi menentukan kedudukannya dalam kerajaan perpaduan seperti dilontarkan ahli jawatankuasa Amanah nasional, Mohamed Hanipa Maidin.
Menteri pertanian dan keterjaminan makanan itu berkata, ini kerana dia mahu menumpukan kepada penganjuran pameran Pertanian Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2024 ketika ini.
“Saya tak mahu komen, tumpu MAHA dulu,” katanya ringkas kepada pemberita di Konvensyen Usahawan Agro Madani 2024, di Dewan Besar, Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang, Selangor, hari ini.
Semalam, Hanipa berkata dia kesal dengan kerajaan perpaduan kerana keadilan masih sukar dicapai dalam kes Ong Ing Keong, pemandu e-hailing pekak yang diserang oleh anggota polis.
Bekas timbalan menteri undang-undang era pentadbiran PH 2018 itu berkata jika dia menerajui Amanah maka dia tidak akan teragak-agak untuk mendesak EGM diadakan bagi menentukan kedudukan dalam kerajaan.
"Jika saya presiden Amanah (yang saya tidak berminat dan tidak layak), saya akan mendesak EGM untuk mengundi sama ada untuk kekal atau keluar daripada kerajaan perpaduan. selesai," katanya.
Diminta mengulas lanjut, Mohamad berkata setiausaha agung partinya telah mengeluarkan kenyataan berhubung perkara tersebut.
Namun, tidak dapat dipastikan bila kenyataan balas mengenai perkara itu dibuat.
“Tak apa itu (kenyataan Hanipa) setiausaha agung dah jawab, saya serah kepada jawapan itu sajalah," katanya.
Terdahulu, Malaysiakini melaporkan penasihat Lawyers for Liberty (LFL) N Surendran berkata lebih 100 hari telah berlalu sejak serangan yang melibatkan anggota polis pengiring Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
"Sejak hari pertama, pihak polis sudah mengetahui siapa pelaku tersebut. Rakaman dashcam serangan itu telah diberikan kepada polis pada hari kejadian.
"Apa justifikasi yang mungkin untuk kegagalan membawa pelaku dan sesiapa yang bersubahat atau cuba menutup kes ini ke muka pengadilan," soalnya.
Surendran berkata sehingga kini Pejabat PM masih 'membisu' berhubung memorandum yang ditelah disampaikan oleh pihaknya dan surat LFL kepada Peguam Negara juga masih belum dijawab.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau amanah nk menang besar next pru mmg kena keluar kerajaan sekarang |
|
|
|
|
|
|
| |
|