CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 33918|Reply: 6

Mohamad Sabu dedah punca warga asing monopoli perniagaan - "Lesen Ali (Bumiputera) tetapi yang buat Baba (warga asing)"

[Copy link]
Post time 12-9-2024 10:11 PM | Show all posts |Read mode





Serdang: Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu mengakui beliau bimbang akan penguasaan pekerja dalam sektor pertanian negara yang dimonopoli tenaga kerja warga asing.


Beliau mendedahkan ada rakyat tempatan yang bertindak menyewakan lesen perniagaan mereka kepada warga asing sehingga mengundang monopoli golongan itu.


Justeru, beliau menegaskan yang kegiatan itu perlu dihentikan segera bagi memastikan sektor pertanian dikuasai pengusaha dan pekerja tempatan.


"Lesen Ali (Bumiputera) tetapi yang buat Baba (warga asing). Macam buat bendang, kita kena lihat dengan serius kenapa di Sekinchan, Selangor berjaya.


"Orang kita apabila buat kerja sendiri kadang-kadang tidak boleh (fokus) tetapi kalau kaum lain apabila mereka buat kerja sendiri, mereka (fokus) betul sampai ke malam.


"Kita tak mahu (kisah) lama berulang, kalau tahun 60-an, 70-an dan 80-an dan 90-an, Ali… Ali ini di kalangan bumiputera yang memilik lesen dan mendapat peluang (perniagaan), menjadi pengerusi dan sebagainya tetapi yang menjalankan kerja Baba. Baba ini biasanya dari kalangan Tiong Hua.


"Tahun 2000 ke atas Ali tidak berubah tetap Ali yang mendapat peluang, mendapat lesen, menjadi pengerusi, tetapi yang menjalankan kerjanya Bangla (warga Bangladesh)," katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Konvensyen Agro MADANI 2024 di Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini, hari ini.


BH sebelum ini pernah melaporkan mengenai rantaian perbekalan sayur-sayuran di Malaysia yang didakwa mula dikuasai pendatang asing yang turut dipercayai makin memperluaskan kebun diusahakan mereka secara haram.


Warga asing itu dikesan mengusahakan kebun sayur-sayuran secara haram dengan saiz keseluruhan kini dikatakan hampir 1,000 hektar.


Kegiatan berkenaan yang dikatakan mula aktif sejak lima tahun lalu didedahkan Persekutuan Penanam Sayur-Sayuran Malaysia yang membuat pemantau dan risikan melalui ahlinya di seluruh negara.


Pengerusinya, Lim Ser Kwee, dilaporkan mendakwa pendatang asing warga Indonesia, Bangladesh dan etnik Rohingya kini membina rangkaian dari peringkat kebun sayur, pengedaran hinggalah jualan di lot niaga beberapa pasar borong utama di Semenanjung.




Sumber : Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2024 10:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Waahh tak pernah terfikir pon pasal benda ni

Info baru ni
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2024 11:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau pegi geledah kedai tomyam satu malaysia ni, iols rs 60% tu org siam thailand yg guna lesen org kita utk meniaga. Selebihnya je org kita n kelate.

Termasuk la restoran mee tarik muslim dari china.
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2024 04:25 AM | Show all posts
mohon bang mat pergi check supplier anak benih dgn baja ke petani dgn pesawah tu dulu ye.. sub standard quality.. byk hasik tak menjadi..
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2024 06:35 PM From the mobile phone | Show all posts
clueless_gamer: mohon bang mat pergi check sup ...



I second this.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2024 05:54 PM | Show all posts
Dahsyat pendedahan Mat Sabu ni.. patut lama tak nampak kat TV dan tak penah baca apa2 kenyataan menteri tani, dok riki pasal Ali Baba rupanya... lambat lagi la kot kita nak tau mana hilang pi beras tempatan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-9-2024 06:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Mat sabun baru mendarat bersama2 pati rohingya ka? Kesian dia baru tahu.......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 08:13 AM GMT+8 , Processed in 0.048293 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list