View: 45798|Reply: 8
|
Penyanyi rock legenda, Jon Bon Jovi selamatkan wanita dari terjun
[Copy link]
|
|
NASHVILLE: Penyanyi rock legenda, Jon Bon Jovi, 62, berjaya memujuk seorang wanita yang sedang berdiri di tebing jambatan dalam keadaan sangat tertekan daripada terjun ke sungai, hari ini.
Penyanyi utama kumpulan Bon Jovi itu turut dibantu beberapa individu lain yang berada di lokasi terbabit untuk membantu memujuk dan menyelamatkan wanita itu daripada melakukan sebarang tindakan berbahaya.
Jabatan Polis Metropolitan Nashville turut berkongsi video usaha memujuk wanita yang sedang berdiri atas tebing jambatan menghadap Sungai Cumberland itu.
"Usaha ini atas kerjasama kami semua untuk pastikan keselamatan masing-masing," kata jurucakapnya, John Drake.
Dalam video terbabit, seorang wanita berpakaian biru dapat dilihat berpaut pada pagar jambatan itu sambil berdiri pada bahagian tebing.
Kejadian berlaku sewaktu Jon sedang mempersiapkan alatan untuk mulakan penggambaran. Mereka kebetulan berada di lokasi berkenaan untuk menjalankan penggambaran video muzik.
Jon dan seorang lagi rakannya kemudian berjalan ke arah wanita itu sambil melambai kepadanya. Dia bersandar di pagar berdekatan wanita itu.
Dengan pertolongan pejalan kaki lain, mereka berjaya membawa naik wanita terbabit atas jambatan. Mereka kemudian berpelukan dan beredar daripada jambatan itu.
Insiden itu menarik perhatian ramai yang memuji tindakan murninya. - AGENSI
Sumber - Berita Harian |
|
|
|
|
|
|
|
dah tua macam ni kalau selisih bahu kat KL pun aku tak kenal |
|
|
|
|
|
|
|
Bagusnya… dulu pernah pi tgk konsert dia kat stadium merdeka 2015 |
|
|
|
|
|
|
|
Ni la org cakap the true legend [em:4:] |
|
|
|
|
|
|
|
dia masak for homeless …… |
|
|
|
|
|
|
|
Selalu penyanyi rock banyak yang problematic/dadah/perempuan and all tapi Jon ni antara rocker yang imej clean. Tak pernah lagi dengar cerita yang bebukan pasal dia. Ke ada and daku yang tak tahu? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mejaputih at 17-9-2024 03:24 PM
gerbera.memopad replied at 15-9-2024 08:56 PM
Selalu penyanyi rock banyak yang problematic/dadah/perempuan and all tapi Jon ni antara rocker yang ...
Ada pernah baca dia adalah suami yg setia dan bapa yg penyayang..
Ntah2 dia pujuk ada nyanyi2 sikit |
|
|
|
|
|
|
| |
|