CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 57651|Reply: 5

[Jenayah] Kronologi Skandal GISBH: 11 lagi ditahan di Melaka

[Copy link]
Post time 22-9-2024 02:11 AM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 22-9-2024 10:48 AM

Di Pulau Pinang, empat premis termasuk dua pusat jagaan kanak-kanak dipercayai berkaitan dengan GISBH diserbu dan polis merampas enam buku atau kitab disyaki berkaitan dengan ajaran Al Arqam iaitu gerakan yang difatwakan haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada 1994.

Di Melaka, sebanyak 285 barangan berkaitan ajaran Al-Arqam termasuk gambar pengasas Al-Arqam Ashaari Muhammad yang turut dikenali sebagai Abuya ditemukan dalam serbuan ke atas 19 premis berkenaan GISBH.

Di Kelantan, tiga rumah yang dipercayai menjadi penempatan keluarga ketua pegawai eksekutif GISBH di Kampung Panji diserbu dan pelbagai jenis buku serta dokumen berkaitan GISBH ditemukan ditanam di tepi pinggir sungai selain ada yang turut dibakar. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata isu berkaitan doktrin fahaman GISBH akan dibincang oleh Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia yang bersidang dari Selasa hingga Khamis ini.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) giat memantau kandungan media sosial membabitkan GISBH termasuk video lagu yang ditularkan dan dijadikan parodi oleh segelintir masyarakat.


KUALA LUMPUR: Pada 11 September lalu, polis mula mengadakan Op Global yang menyaksikan serbuan terhadap 20 rumah amal di Selangor dan Negeri Sembilan dikaitkan dengan GlSB Holdings Sdn Bhd (GISBH) yang didakwa terbabit dalam kegiatan eksploitasi kanak-kanak dan dakwaan doktrin ketaasuban.


Susulan serbuan pertama itu, seramai 402 penghuni rumah amal berkenaan diselamatkan dan 171 individu berusia antara 17 hingga 64 tahun ditahan.

Berikut kronologi kes itu setakat hari ini :
• 16 Ogos

Pusat Kajian Ajaran Sesat (PUKAS) Malaysia menerusi laman rasmi Facebooknya mendedahkan kegiatan ajaran sesat yang didakwa berlaku dalam GISBH.
• 6 September

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dalam laman rasmi Facebooknya membangkitkan isu keganasan dan kekejaman yang dikaitkan dengan GISBH yang memerlukan siasatan dan campur tangan pihak berkuasa.


• 11 September
Polis membuat serbuan terhadap 20 rumah amal dipercayai milik GISBH di Selangor dan Negeri Sembilan serta menahan 171 individu bagi membantu siasatan kes mengeksploitasi kanak-kanak dan agama. Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengadakan sidang media di Kuantan, berhubung operasi pada awal pagi itu.
Beliau mendedahkan keseluruhan 402 individu, masing-masing 201 lelaki dan 201 perempuan berumur setahun hingga 17 tahun diselamatkan dalam operasi berkenaan. Daripada jumlah itu, seramai 10 kanak-kanak merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) dan penghidap autisme yang diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selepas saringan dibuat. Baki 392 menjalani ujian saringan kesihatan di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur.
GISBH mengeluarkan kenyataan menafikan dakwaan mereka mengeksploitasi kanak-kanak sebagai pekerja dan menyatakan pihak mereka tidak akan berkompromi dengan aktiviti yang melanggar undang-undang, khususnya melibatkan kanak-kanak.

• 12 September
Proses dokumentasi kanak-kanak yang diselamatkan diteruskan di Pulapol Kuala Lumpur. Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban atas empat pertuduhan penderaan fizikal terhadap empat kanak-kanak perempuan berusia antara lima hingga enam tahun di sebuah pusat asuhan di Seremban yang dikaitkan dengan GISBH. Tertuduh mengaku tidak bersalah.

• 13 September
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengadakan sidang media kedua berhubung kes itu dan mendedahkan sejumlah 41 laporan polis berkaitan GISBH diterima sejak 2011 hingga September tahun ini. Seramai 159 individu daripada 171 yang ditahan mendapat kebenaran reman, selebihnya di bawah umur tiada keperluan disiasat. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan soal akidah, salah guna kuasa dan agama serta penderaan kanak-kanak perkara serius yang perlu ditangani segera.

• 14 September
Sidang media ketiga Ketua Polis Negara yang menyatakan serbuan terhadap 20 rumah amal melalui Op Global itu adalah hasil risikan dan siasatan polis selama enam bulan. Siasatan terhadap syarikat itu bagaimanapun telah dijalankan sejak 2011 dan polis telah bertemu dengan wakil PUKAS enam bulan lepas.

• 15 September
Polis mengesahkan 483 individu telah dirakam percakapan terdiri daripada pengadu, saksi, mangsa dan suspek. Seramai 384 kanak-kanak dan remaja selesai menjalani saringan kesihatan dan hasil saringan itu mendapati terdapat ciri-ciri pengabaian dan penganiayaan.

• 17 September
Ketua Polis Negara mengesahkan sebanyak 96 akaun milik GISBH dibekukan manakala empat akaun ditutup melibatkan aset bernilai lebih RM581,000. Keseluruhan 392 mangsa yang diselamatkan menerusi Op Global selesai jalani saringan kesihatan, elemen jenayah fizikal dan emosi dikesan.Tiga kertas siasatan berhubung Op Global dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara.

• 18 September
Seorang ahli perniagaan yang juga anggota GISBH, Mohamad Riza Makar, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Putrajaya dekat sini atas pertuduhan melakukan ugutan jenayah terhadap seorang wanita pada 9 September lepas.

• 19 September
19 individu termasuk pengurusan tertingggi, isteri serta beberapa pemimpin GISBH direman tujuh hari bagi membantu siasatan.
Tiga pembantu pengajar sebuah madrasah di Kuala Pilah, yang disyaki mempunyai kaitan dengan GISBH, didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban atas 14 pertuduhan melakukan amang seksual terhadap lima kanak-kanak pada 2022 dan 2023. Mereka mengaku tidak bersalah.

• 20 September
Tujuh lagi individu yang disyaki mempunyai kaitan dengan GISBH ditahan bagi membantu siasatan kes pemerdagangan orang. Mereka termasuk anak bekas pemimpin Al-Arqam, Ashaari Mohammad yang merupakan kumpulan Remaja Pembela Ummah (RPU) GISBH.
Seorang lagi pembantu pengajar di sebuah madrasah di Kuala Pilah didakwa di Mahkamah Sesyen di Seremban dan mengaku tidak bersalah atas enam pertuduhan melakukan amang seksual terhadap empat kanak-kanak lelaki, tahun lepas. Mesyuarat Khas Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis memutuskan bahawa kepercayaan dan ajaran dalam GISBH mengandungi unsur ajaran sesat khususnya batiniah.

• 21 September
Op Global memasuki fasa keempat di seluruh Semenanjung Malaysia dengan serbuan dilakukan di 82 premis, 186 mangsa terdiri daripada 102 lelaki dan 84 wanita berjaya diselamatkan, manakala 155 suspek terdiri daripada 78 lelaki dan 77 wanita ditahan. Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata, dalam operasi yang disertai JAKIM itu, beberapa risalah mengandungi elemen dipercayai bercanggah dengan ajaran agama Islam serta barang khurafat turut dirampas.

BH

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-9-2024 07:26 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2024 02:12 AM From the mobile phone | Show all posts
so dr maza ke yg strt ckp psl benda ni?
i ingt kes sama ngn betty benafe report tu
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2024 08:16 AM From the mobile phone | Show all posts
sedih tengok anak²/adik yg duk situ.... moga dipermudahkan urusan....
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2024 10:01 AM From the mobile phone | Show all posts
edayildiz replied at 22-9-2024 02:12 AM
so dr maza ke yg strt ckp psl benda ni?
i ingt kes sama ngn betty benafe report tu

Bkn ke betty banafe tu duk bekap dorang ni?
Kes betty ngn adik dia lain
Mana ada artis yg terang terangan maki gisbh ni
Kalau ada pun baby shima je
Pelik gak ye knp artis tak berkutik plak che ta yg kuat bergosip pun takde bunyi
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2024 10:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Air Berkat GISBH Yang Menjijikkan & Berunsur Sihir

AMARAN: Jangan Baca Jika Anda Sedang Makan!

Antara barang rampasan GISBH semalam, pihak berkuasa telah menemukan pelbagai barangan dianggap berkat seperti bulu, perca kain, pakaian dan darah yang dijadikan tabarruk. Pada masa yang sama ada penemuan yang membuktikan apa itu sebenarnya air berkat yang di masukkan ke dalam makanan dan minuman setiap ahli dan pelanggan di premis GISBH.

Kandungan Air Berkat yang ditemui ini mengandungi:

1) Air campuran peluh Abuya yang dijadikan sebagai air berkat

2) Air liur RSA (Abuya)

3) Air janggut Abuya

4) Air wadah (bekas/balang Abuya)

5) Air mandian Abuya yang ditadah

Air mandian ini bukan lagi sekadar basuhan kaki dan basuhan lengan sahaja. Air merangkumi segenap sudut anggota badan yang digosok dan digonyoh. Lalu air itu akan ditadah ke dalam bekas besar dan air itu akan diagih kepada ahli-ahli untuk kegunaan berkat.

Air liur atau ludahan Abuya (mungkin termasuk hingus dan kahak?) juga dijadikan sebagai air berkat. Jika anda masih ingat slogan air, roti, biskut dan makanan Ikhwan sinonim dengan tema berkat. Inilah kandungan tambahannya.

Ada kes orang tua di PPIM yang pertahankan GISBH bermati-matian sehingga memanggil orang mendedah GISBH ni sebagai "beruk-beruk gila". Walaupun dia telah dibentangkan bukti di depan matanya tentang kesesatan ini. Malah sejak tahun 2016 sudah ada mangsa kezaliman GISBH datang mengadu kepadanya. Dia tetap tidak percaya dan mengatakan itu semua fitnah. Selain sampul berkat, ini juga kemungkinan simptom kesan sampingan air berkat terlalu pekat yang telah ditogoknya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 04:28 PM GMT+8 , Processed in 0.074449 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list