CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7502|Reply: 0

[Borneo] Program Pembangunan Bukit Sadok perhebat pelancongan Betong

[Copy link]
Post time 23-9-2024 03:36 PM | Show all posts |Read mode


Abang Johari sambil disaksikan Uggah serta yang lain menerima cenderamata unik iaitu Labu Kendi Brunei Tembaga yang merupakan harta pusaka dan artifak berharga daripada Jabu. Turut kelihatan, Empiang Jabu. - Gambar UKAS

KUCHING: Potensi pelancongan kawasan Betong akan terus diperhebatkan melalui Program Pembangunan Bukit Sadok.

Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, ini termasuk pembinaan replika Kubu Rentap di tapak asalnya di Bukit Sadok, Betong dengan kos RM16 juta.

"Kawasan Betong mempunyai banyak tapak sejarah menarik… kita mempunyai rumah warisan dan Bukit Sadok yang terkenal sebagai stesen terakhir masyarakat Dayak dalam perjuangan mereka menentang penjajah British demi mempertahankan tanah air.

"Bahkan kita turut mempunyai kubu pahlawan Rentap yang telah runtuh, dan kita akan membina semula replikanya sebagai tarikan pelancongan di negeri ini.

"Begitu juga, kawasan ini mempunyai beberapa rumah panjang yang masih mengekalkan ciri tradisional yang cantik dan menarik, selain keindahan pelbagai flora dan fauna," ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Sambutan 100 Tahun Rumah Panjang Nanga Samu, Paku di Betong hari ini.

Sehubungan itu, Uggah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban berkata, penubuhan Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) akan mempercepatkan pembangunan kawasan itu termasuk sektor pelancongannya.

Katanya, Premier Sarawak telah memperuntukkan RM1.5 bilion kepada BDDA untuk membiayai pelan dan program pembangunan.

"Kita juga sedang membina lapangan terbang landasan pendek (STOLport) di Bebuling, Spaoh di Betong yang dijangka siap tahun depan dan akan menjadi rangsangan untuk ketibaan pelancong.

"Selain itu, kita turut mempunyai rangkaian jalan yang baik termasuk Lebuh Raya Pan Borneo yang memudahkan perjalanan orang ramai ke kawasan ini," katanya.

Mengenai Majlis Sambutan 100 Tahun Rumah Panjang Nanga Samu itu, Uggah berkata ia merupakan peristiwa bersejarah untuk kawasan Betong.

"Ini adalah rumah panjang tertua di Sarawak, malah graduan Dayak pertama kita berasal dari rumah panjang ini," katanya.

Terdahulu, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg merupakan tetamu kehormat pada majlis itu.

Antara yang hadir ialah bekas Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang serta isteri Tan Sri Empiang Jabu dan Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Dato Gerald Rentap Jabu.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 03:28 PM GMT+8 , Processed in 0.350613 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list