CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18206|Reply: 0

[Sabah] Perkasa usaha lindungi kanak-kanak dan keselamatan pekerja

[Copy link]
Post time 25-9-2024 10:18 AM | Show all posts |Read mode


DAVID

KOTA KINABALU: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Kementerian Kesihatan Malaysia diminta untuk mengambil tindakan bagi mengkaji semula perlindungan kanak-kanak dan keselamatan di tempat kerja.

Naib Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP), David Ong berkata, kejadian baru-baru ini yang mengaitkan seramai 402 kanak-kanak dan remaja dieksploitasi berjaya diselamatkan dari sebuah rumah kebajikan perlu diberi perhatian.

"Selain itu, seorang doktor pakar yang meninggal di salah sebuah hospital di negeri ini akibat dibuli di tempat kerja juga perlu diberi perhatian sewajarnya.

"Kejadian-kejadian seumpamanya memerlukan usaha bagi membuat kajian semula secara menyeluruh dalam undang-undang berkaitan perlindungan kanak-kanak dan keselamatan di tempat kerja," katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, usaha bagi mengukuhkan perlindungan terhadap kanak-kanak diperlukan bagi menangani kebimbangan masyarakat.

David mencadangkan latihan ketat perlu diberikan kepada semua penjaga dan perlu fahami Teras kepada pendekatan ini adalah keperluan supaya semua penjaga menjalani latihan ketat dan seragam yang merangkumi pemahaman mendalam tentang Konvensyen Hak Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menggariskan hak asasi kanak-kanak, termasuk hak mereka untuk dilindungi daripada penderaan dan eksploitasi.

"Dengan memastikan penjaga memahami prinsip-prinsip ini, kita dapat mewujudkan tenaga kerja yang lebih baik dalam melindungi dan menjaga kanak-kanak di bawah jagaan mereka.

"Kami juga menyeru agar Dasar Perlindungan Kanak-Kanak Negara diwajibkan di semua organisasi dan institusi penjagaan kanak-kanak dalam negara ini.

"Dasar ini harus merangkumi garis panduan yang jelas untuk mencegah, melaporkan dan menangani sebarang bentuk penderaan atau pengabaian, serta ia perlu dikemaskini secara berkala untuk kekal berkesan," katanya.

Beliau menggesa pemeriksaan latar belakang yang lebih teliti dijalankan terhadap sesiapa sahaja yang bertugas sebagai penjaga kanak-kanak, pemeriksaan mengejut yang kerap di pusat penjagaan kanak-kanak serta penguatkuasaan yang lebih ketat terhadap undang-undang pelaporan mandatori bagi penderaan yang disyaki.

Katanya, kempen kesedaran awam juga penting untuk membantu orang ramai mengenal pasti dan melaporkan tanda-tanda penderaan.

"Walaupun rumah kebajikan kanak-kanak berasaskan agama tidak berada di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

"Kami percaya rumah-rumah ini harus mematuhi piawaian tanggungjawab yang sama.

"Kementerian perlu mewujudkan rangka kerja pengawalseliaan jelas yang meliputi semua institusi penjagaan kanak-kanak, termasuk pusat penjagaan di bawah jagaan badan agama," katanya.

Menurutnya, rangka kerja ini harus merangkumi prosedur standard untuk pemeriksaan, pelaporan dan memastikan dasar perlindungan kanak-kanak dilaksanakan.

Katanya, tiada institusi yang harus dikecualikan daripada perlindungan ini, kerana keselamatan kanak-kanak mesti diutamakan.

"Kejadian buli di tempat kerja, terutamanya dalam persekitaran yang mempunyai tekanan tinggi seperti penjagaan kesihatan, adalah satu lagi isu yang mendesak.

"Kami menyeru supaya dasar anti buli, saluran pelaporan yang selamat, latihan pengurusan dan sistem sokongan kesihatan mental dilaksanakan di semua tempat kerja," katanya.

David berkata, tinjauan tempat kerja secara berkala diperlukan bagi mewujudkan persekitaran kerja yang lebih kondusif.

Katanya, kajian Sains perubatan di tempat kerja Malaysia menunjukkan bahawa kes buli di tempat kerja adalah isu yang ketara bagi doktor pelatih di Malaysia.

"Sekurang-kurangnya satu daripada 10 doktor pelatih merasakan diri mereka dibuli di tempat kerja.

"Oleh itu, penting untuk melaksanakan strategi yang berkesan untuk menangani masalah ini.

"Kami menggesa semua agensi kerajaan yang berkaitan, khususnya Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Kementerian Kesihatan Malaysia untuk bekerjasama dalam melaksanakan langkah-langkah penting ini.

"Kita mesti bertindak tegas untuk melindungi kanak-kanak dan tenaga kerja kita, demi membina Malaysia yang lebih selamat untuk semua," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 01:06 PM GMT+8 , Processed in 0.103234 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list