CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13757|Reply: 0

[Sarawak] Rebut pelbagai peluang pada Program MADANI Rakyat 2024 Sarawakku Sayang

[Copy link]
Post time 26-9-2024 01:06 PM | Show all posts |Read mode


Ling mengadakan tinjauan persiapan Program MADANI Rakyat 2024 Sarawakku Sayang di pekarangan Boulevard Mall Miri pagi tadi.

MIRI: Pelbagai aktiviti menarik selain pengunjung berpeluang mendapatkan maklumat mengenai inisiatif kerajaan untuk kesejahteraan rakyat menerusi penganjuran Program MADANI Rakyat 2024 Sarawakku Sayang hujung minggu ini bermula Jumaat.

Setiausaha Pakatan Harapan (PH) Sarawak Alan Ling berkata, program di pekarangan Boulevard Mall Miri itu dianjurkan Pejabat Perdana Menteri melalui Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU).

Katanya, penganjuran juga menerusi kerjasama strategik Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) selaku kementerian peneraju dan Kerajaan Sarawak selaku tuan rumah.

“Selain penawaran perkhidmatan kerajaan, jualan MADANI juga akan menawarkan potongan harga dan tawaran istimewa bagi barangan keperluan harian kepada pengunjung.

“Program ini melibatkan kolaboratif strategik bersama syarikat berkaitan kerajaan (GLC), pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pihak swasta.

“Mengikut makluman yang saya terima, majlis perasmian bakal disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 28 September (Sabtu) jam 2.30 petang dan turut dihadiri oleh kepimpinan tertinggi kerajaan persekutuan dan Sarawak,” katanya dalam kenyataan media.

Sehubungan itu, Ling menggesa orang ramai untuk bersama-sama hadir memeriahkan program bermula jam 9 pagi hingga 10 malam pada Jumaat dan Sabtu ini manakala pada Ahad bermula jam 9 pagi hingga 6 petang.

Selain itu beliau berkata, kerajaan MADANI yang dipimpin Anwar beriltizam tinggi untuk mentadbir negara secara berkesan, memberi penekanan kepada pemerkasaan ekonomi dan budaya yang berteraskan nilai, etika bertunjangkan empat teras strategik utama iaitu membina semula ekonomi, menjamin kesejahteraan insan, reformasi institusi demokrasi dan perundangan dan mewujudkan pentadbiran beramanah.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 01:00 PM GMT+8 , Processed in 0.683666 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list