View: 14964|Reply: 8
|
Kedah dilanda banjir gelombang kedua, mangsa banjir meningkat 1,359 orang
[Copy link]
|
|
ALOR SETAR: Bilangan mangsa banjir yang ditempatkan di 11 pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah terus bertambah kepada 1,359 mangsa daripada 436 keluarga setakat jam 8 pagi tadi.
Penambahan jumlah mangsa banjir itu adalah disebabkan gelombang kedua banjir yang berlaku ketika ini berikutan limpahan air sungai.
Keadaan itu menyebabkan kebanyakan mangsa terdiri daripada penduduk yang sudah pulang ke rumah akibat banjir minggu lalu berpindah semula ke PPS apabila rumah mereka dinaiki air.
Jumlah mangsa itu meningkat berbanding 1,102 mangsa daripada 353 mangsa yang dilaporkan jam 11 malam tadi.
Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan, daerah Pokok Sena mencatatkan bilangan mangsa paling ramai iaitu 734 mangsa daripada 231 keluarga setakat ini di lima PPS di daerah itu.
Diikuti daerah Kota Setar yang menempatkan seramai 341 mangsa daripada 107 keluarga di tiga PPS manakala Kubang Pasu pula membabitkan 284 mangsa daripada 98 keluarga di tiga PPS.
PPS yang masih aktif ketika ini adalah di Dewan PPK Lubuk Batu, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Changlun, Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Baru Darul Aman di daerah Kubang Pasu.
Di Pokok Sena pula, PPS Maahad Tarbiah Islamiyaj Derang, Dewan Serbaguna Pokok Sena, Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Hijau dan Masjid Nurul Iman Batu 14 serta Surau Kampung Keda Derang, manakala di Kota Setar pula, tiga PPS yang aktif adalah di SMK Alor Merah, SMK Kepala Batas dan SK Titi Gajah.
Sementara itu, Pengarah JKM Kedah, Datuk Zulkhairi Zainol Abidin berkata, bilangan mangsa banjir terus bertambah ketika ini adalah disebabkan gelombang kedua banjir dan semua agensi yang terbabit mengambil peranan masing-masing membantu mangsa banjir yang terbabit.
"enduduk yang terjejas banjir dinasihatkan berpindah ke PPS berhampiran," katanya ketika dihubungi hari ini.
Dalam pada itu, maklumat Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pula memaklumkan, empat sungai di tiga daerah di negeri ini terus mencatatkan bacaan melepasi paras bahaya.
Antara sungai terbabit adalah Sungai Padang Terap di Kepala Batas dan Sungai Bata di daerah Kubang Pasu manakala Sungai Anak Bukit di Taman Aman di daerah Kota Setar dan Sungai Titi Kerbau di Kubur Panjang di daerah Pendang setakat jam 7 pagi hari ini.
Semua sungai itu menunjukkan trend air menaik setakat ini.
Sumber – Berita Harian |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga orang Kedah yang terlibat banjir diberikan kekuatan. |
|
|
|
|
|
|
|
tlg tapis org yg register kt PPS tu. make sure org yg layak & betoi2 perlukan bantuan.
jgn la buat sapa cepat dia dpt.
yg cepat tu, yg ada transport sndiri nk gerak n mampu sewa motel/ homestay kt tmpt lain.
yg susah slalu ktinggalan sbb tinggai jauh ke dlm/ or kna tumpang org. |
|
|
|
|
|
|
|
Lara bini pertama akhirnya terbalas, x boleh nk honeymoon lelama. |
|
|
|
|
|
|
|
https://www.utusan.com.my/berita ... -di-banyak-kawasan/
"Tahun ini, bumi mengalami empat kali fenomena Supermoon bermula 20 Ogos lalu dikenali Sturgeon Moon dan diikuti 18 September lalu yang dirujuk sebagai Harvest Moon.
Senario banjir pula diramalkan mungkin lebih dahsyat ketika Supermoon kali ketiga pada 17 Oktober kelak apabila jarak bulan dengan bumi paling dekat iaitu cuma 357,364 kilometer.
Semoga rakyat di sana ambil cakna pasal info. dari pakar falak ini.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tempat lain panaih lit lit dia banjir. Tempat lain banjir dia panaih lit lit. Luar biasa cuaca zaman kini. |
|
|
|
|
|
|
| |
|