CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 33465|Reply: 0

[Pulau Pinang] Kren terbalik hempap rumah, kereta

[Copy link]
Post time 4-10-2024 01:17 AM | Show all posts |Read mode
Kren terbalik hempap rumah, kereta

OlehSYAJARATULHUDA MOHD ROSLI

03 Oktober 2024 09:09pm




Kren yang dibawa sebuah treler terbalik lalu terkena sebuah rumah dan kereta di kawasan berhampiran. Foto FB Connie




GEORGE TOWN - Sebuah kren yang dibawa oleh sebuah treler terbalik lalu terkena sebuah rumah dan kereta di Changkat Delima 1, Gelugor di sini pada petang Khamis.

Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian tersebut.


Difahamkan, kren tersebut dipercayai dalam perjalanan ke tapak pembinaan bagi projek lebuh raya di kawasan berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, Connie Tan memaklumkan bahawa kontraktor projek tersebut, Consortium Zenith Construction (CZC) akan menutup jalan di Changkat Delima 1 daripada jam 11 malam Khamis hingga 1 pagi Jumaat bagi mengalihkan kren yang terbalik itu.


“Kejadian ini amat dikesali. Saya telah meminta laporan terperinci berhubung kejadian ini," katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa walaupun tiada kecederaan dilaporkan, insiden tersebut tidak boleh dipandang ringan.


“Langkah-langkah keselamatan perlu diberi keutamaan. Saya menggesa kontraktor untuk mengambil tindakan segera bagi mengelakkan insiden yang sama berlaku pada masa hadapan,” tambahnya.

Difahamkan, ketika ini, polis berada di tempat kejadian untuk menjalankan siasatan.

https://www.sinarharian.com.my/article/689045/berita/semasa/kren-terbalik-hempap-rumah-kereta


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 12:27 PM GMT+8 , Processed in 2.712378 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list