CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15097|Reply: 0

[Kedah] 214 mangsa banjir masih berada di 7 PPS di Baling

[Copy link]
Post time 4-10-2024 05:57 PM | Show all posts |Read mode
214 mangsa banjir masih berada di 7 PPS di Baling


Safuri Kamarudin[email protected]






Rumah seorang penduduk dinaiki air paras tingkap di Kampung Haji Abas dalam kejadian banjir kilat melanda Baling semalam. FOTO Ihsan APM.





Baling: Seramai 214 mangsa daripada 67 keluarga masih berada di Pusat Pemindahan Banjir (PPS) sehingga jam 4 petang ini.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling, Leftenan (PA) Mohd Faizol Ab.Aziz, berkata hujan mulai turun jam 3 petang ini menyebabkan mangsa tidak dibenarkan pulang kerana keadaan tidak selamat dan bimbang kejadian buruk berlaku.

Beliau berkata, hujan mula turun jam 3 petang ini menyebabkan air Sungai Ketil mulai naik dan arus semakin laju.

"Mangsa di semua PPS tidak dibenarkan pulang kerana hujan masih turun dan akan berlaku banjir kilat.

"Hujan lebat di kawasan Kampung Tanjung Pari, Mukim Siong menyebabkan Sungai Ketil akan melimpah dengan cepat," katanya.

Beliau berkata, setakat ini tidak ada laporan kemalangan yang dilaporkan di semua tujuh PPS yang menempatkan mangsa banjir.

"Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Baling membuat bancian berkala bagi memastikan mangsa banjir selamat," katanya.



Disiarkan pada: Oktober 4, 2024 @ 5:04pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/10/1140868/214-mangsa-banjir-masih-berada-di-7-pps-di-baling





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 12:30 PM GMT+8 , Processed in 1.192030 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list