CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 29368|Reply: 0

[Kedah] 'Susah payah ayah simpan duit tunggu panggilan Haji, suspek buat judi'

[Copy link]
Post time 4-10-2024 06:10 PM | Show all posts |Read mode
'Susah payah ayah simpan duit tunggu panggilan Haji, suspek buat judi'


Zuliaty Zulkiffli[email protected]





SURAIYA Izzaty menunjukkan gambar bapanya, Sabari. FOTO Arkib NSTP/Zuliaty Zulkiffli.





Sungai Petani: "Ayah memang berhasrat untuk menunaikan haji kerana duit simpanan miliknya sudah cukup tetapi dia masih menunggu panggilan daripada pihak Tabung Haji.

"Namun saya tak sangka suspek tergamak menyamun wang simpanan ayah itu semata-mata untuk berjudi sedangkan dia bersusah payah menyimpannya untuk pergi menunaikan haji," kata Suraiya Izzati Sabari, 29.

Suraiya Izzati berkata, tindakan suspek agak keterlaluan dan kejam malah tiada sikit pun perasaan kasihan pada bapanya disebabkan bapanya sudah berusia dan sangat baik.

Katanya, arwah bapanya sangat baik dengan sesiapa saja yang dikenalinya malah dia hanya buat hal dia sendiri walaupun selepas dia bersara sebagai pegawai kewangan Felcra.

"Suspek seperti manusia tidak bermoral sehingga sanggup membunuh ayah yang tidak bersalah semata-mata untuk untuk menutup perbuatan jenayah yang dilakukannya itu.

"Ayah bersusah payah bekerja mengumpul wang untuk menunaikan haji tetapi saya tak tahu jumlah sebenar namun suspek sanggup menggunakan wang itu untuk tujuan lain," katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam pada itu, Suraiya Izzati berkata, mereka menyerahkan siasatan penuh kepada polis untuk menyelesaikan kes itu dan berharap suspek dikenakan hukuman setimpal dengan kesalahan yang dilakukannya.

Katanya, mereka sekeluarga mengalami tekanan emosi sejak kehilangan bapa mereka kerana tindakan suspek.

"Biarpun jasad ayah belum ditemui namun saya reda dan akan terus berdoa supaya jasad ayahnya itu dapat ditemui segera.

"Kami sentiasa berdoa selain menunaikan solat hajat dan bacaan Yasin semoga jasad ayah ditemui," katanya.

Media sebelum ini melaporkan, Sabari yang juga bekas pegawai kewangan Felcra didapati hilang sejak 4 September lalu dan gagal dikesan sehingga kini.



Disiarkan pada: Oktober 4, 2024 @ 5:43pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/10/1140888/susah-payah-ayah-simpan-duit-tunggu-panggilan-haji-suspek-buat-judi





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 02:12 AM GMT+8 , Processed in 0.134969 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list