CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30353|Reply: 0

[Pulau Pinang] Kembar jual pin, Khaikal Orang Asli pertama kampungnya yang masuk USM

[Copy link]
Post time 4-10-2024 06:25 PM | Show all posts |Read mode
Kembar jual pin, Khaikal Orang Asli pertama kampungnya yang masuk USM


Siti Aminah Mohd Yusof[email protected]





Ainul Kamilah dan adiknya, Ainul Mardhiah serta Khaikal Jaafar yang mendaftar masuk USM, hari ini. FOTO Danial Saad.





Georgetown: Sepasang kembar mengumpul dana untuk menampung perbelanjaan ke universiti dengan menjual pin tudung buatan sendiri di TikTok.

Kreativiti Ainul Kamilah Zolkifly, 19, dan adiknya Ainul Mardhiah berhasil apabila bukan hanya menjual lebih 1,000 pin dalam tempoh dua bulan, malah wang jualan itu digunakan sepenuhnya selepas mereka memperoleh tawaran melanjutkan pengajian di Universiti Sains Malaysia (USM) di sini.

Kedua-duanya yang memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.0 semasa menuntut di Kolej Matrikulasi Pahang akan menuntut dalam bidang perakaunan.

Kembar itu memaklumkan, sejak kecil mereka tidak pernah berpisah dan berkongsi minat serta hobi yang sama.

"Rasa bersyukur ditempatkan dalam bilik penginapan yang sama di USM kerana kami berkongsi laptop serta mesin cetak untuk kemudahan belajar nanti, malah kami juga pernah berkongsi telefon bimbit sehingga berusia 18 tahun.

"Kami tekad membalas jasa ibu yang bertungkus-lumus membesarkan kami berdua sejak berpisah dengan bapa ketika kami berusia tujuh tahun," katanya ketika ditemui, hari ini.

Sementara itu, pelajar Orang Asli, Khaikal Jaafar, 19, berterima kasih kepada kepada pihak USM yang sudi menjemputnya dari Kampung Kepayang, Simpang Pulai untuk mendaftar pada hari ini.

Katanya, dia menghubungi pengurusan universiti bagi memaklumkan kesulitannya untuk ke kampus disebabkan tiada kenderaan.

Pelajar cemerlang 7A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan PNGK 3.95 bagi Matrikulasi Universiti Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar itu berkata, dia juga individu pertama dalam keluarganya yang berjaya menyambung pengajian peringkat universiti.

"Ketika saya mendaftar matrikulasi dahulu, saya angkut barang naik bas, tiada sesiapa teman. Istimewanya kali ini pihak USM sanggup datang jauh-jauh, masuk sampai ke dalam kampung untuk ambil saya seorang naik van.

"Mereka tiba di rumah keluarga saya di Perak kira-kira 7 malam tadi.

"Sebenarnya sangat jarang Orang Asli di kampung saya masuk universiti. Dalam keluarga saya sendiri, saya ada dua kakak belajar sehingga SPM manakala dua abang dan adik belajar setakat darjah enam.

"Jadi kisah saya masuk universiti ini sebenarnya agak 'viral' di kampung dan saya pernah dapat anugerah daripada Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) peringkat kebangsaan kerana cemerlang akademik," katanya.

Anak kelima daripada enam beradik itu yang memilih bidang Pendidikan Khas berharap dapat membanggakan bapa, Jaafar Yok Tah Toh, 60, dari suku Temiar dan ibunya Rohani Uda, 48, suku Semai dan kembali berbakti kepada komuniti selepas tamat pengajian kelak.

Seramai 4,807 calon lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Matrikulasi, Asasi, Diploma menerima tawaran mengikuti program Ijazah Sarjana Muda dan Diploma mendaftar sebagai pelajar baharu USM bagi sidang akademik 2024/2025.



Disiarkan pada: Oktober 4, 2024 @ 6:07pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/10/1140896/kembar-jual-pin-khaikal-orang-asli-pertama-kampungnya-yang-masuk-usm





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 12:22 PM GMT+8 , Processed in 1.000202 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list