CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 63751|Reply: 4

Harimau dari mana

[Copy link]
Post time 5-10-2024 12:35 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Rumah Yong Tapa riuh rendah.
Ada yang memotong daging. Ada yang menghiris bawang mawang. Ada yang menyiang dan ada yang menggoreng ayam. Gelak ketawa bergurau senda bersahut sahut.

Batang pisang bersusun buat alas periuk. Beberapa batang pokok kelapa sudah di tumbangkan tadi pagi. Batang nya dikerat pendek2 buat tiang pangkin untuk orang lelaki menguruskan bahan memasak.

Di atas rumah orang perempuan ada yang di ruang tamu menyiapkan dan bunga telur. Ada yang di dapur. Sebahagiamnya di bilik tidur bakal pengantin. Menukar cadar, memasang kain tutup dinding, menyusun bunga-bunga plastik aneka warna. Buat penyedap mata.

Di halaman rumah pula dua buah Khemah tetamu sudah tegak berdiri.

Yong Tapa tersenyum-senyum. Ini kali pertama yong tapa menyambut menantu. Sudah seminggu lebih dia tidak tidur menjaga lembu yang dibeli dari awang lembu. Lembu itu diikat di pokok rambutan sebelah tingkap bilik tidurnya. Selang 10 minit dia bangun mengintai lembu itu. Takut hilang diheret pnyamun.

Yong Tapa senyum lagi. Malam ini dia boleh tidur lena. Mata nya beralih ke tingkap dapur. Terlihat olehnya suraya anak nya yang bakal menjadi pengantin hari esok. Anak nya sedang mengeringkan rambut. Mungkin baharu lepas mandi.

Hari beransur petang. Petang beralih malam.
Hari semakin lewat malam. Kebanyakan bahan untuk. Memasak sudah diselesaikan oleh orang kampung. Esok pagi tinggal menumis, mengoreng merebus dan menanak sahaja. Yong Tapa sudah berlunjur di atas tilam bersedia menutup matanya. Badan nya terasa letih betul.

Tiba-tiba dia mendengar bunyi ngauman dari luar rumah. Bunyi ngauman itu agak keras tetapi tidak kuat.

Jantung Yong Tapa berdegup kencang. Teringat kenangan 40 tahun lalu semasa masih muda.

Terasa jari isteri nya Yong senah mencuit lengannya. Mereka berdua Senyap. Tidak ada kata-kata. Bahkan badan mereka mengeras sehingga tidak berani berpandangan.

Seketika suasana menjadi sepi. Hanya bunyi cengkerik bersahut sahutan. Tidak ada bunyi burung hutan yang biasanay sesekali akan berbunyi. Suasana benar-benar sunyi.

Telinga Yong Tapa dan Yong senah menangkap henyakan tapak kaki yang berat dan jelas. Mundar mandir di bawah rumah. Yong tapa tersedar dari tidurnya ketika beduk di pukul di surau berhampiran.

Mereka berwuduk dari pelantar dapur dan tidak berani turun ke perigi belakang rumah.

Cerah tanah, mahu tidak mahu Yong tapa teroaksa turun mengambil simpanan air minum di dalam tempayan tanah liat yang disusun di bawah rumah. Air kopi oerlu di bancuh awal untum orang kampung yang sekejap lagi smpai untuk. Mula memasak juadah kenduri.

Yong Tapa mengintai sebelum membuka pintu lebih luas. Matanya meliar. Di hulurkan selangkah kaki nya di anak tangga pertama. Tidak ada bunyian aneh. Diluar masih gelap. Yong Senah menyuakan pelita minyak tanah. Yong tapa langkah lagi. Sedar tak sedar sudah sampai ke tanah. Baru sahaja yong tapa mahu menuju ke tempayan air, dia ternampak kesan tapak kaki harimau..!!! Ya. Tapak kaki harimau. Sebesar periuk tanah.

Persekitaran rumahnya yang lembab akibat dari orang kampung Mencuci bahan memasak semalam membuatkan tapak kaki harimau itu tenggelam di tanah dan kelihatan jelas. Yong tapa memandang yong senah yang berdiri di muka pintu.

Terfikir di Kepalanya apa lah bala yang datang. Selesai mengangkut air, yong tapa mencapai cangkul di bawah rumah. Cepat cepat yong tapa mengembur tanah yang terlekat kesan tapak kaki harimau itu. Berpeluh-peluh yong tapa di subuh hari.

Sebaik sahaja penduduk kampung tiba, kesan tapak kaki harimau berjaya di musnahkan. Namun hati Yong tapa gelisah. Sepanjang proses memasak mata nya meliar mengawasi. Hati nya tidak putus-putus berdoa supaya tidak ada kejadian tidak diingini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-10-2024 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Acara memasak juadah untuk. Jamuan kenduri sedang rancak.

Tiba tiba munah isteri aman tepen menjerit nyaring. "Harimauuuuuuu.....!!!!! Orang kampung mula menjerit dan berlari tak tentu arah. Mata Yong Tapa tertancap pada sosok harimau yang berlegar legar di tepi pokok ketapang. Pak belang berlegar kekiri dan ke kanan, kanan ke kiri seperti menunggu mangsa. Sekejapan suasana menjadi sunyi. Orang kampung yang ramai tadi hilang entah ke mana. Yong Tapa mengigil. Terasa lututnya bergegar. Di gagahkan nya menguatkan diri. Tiba tiba harimau mengaum sangat Kuat. Bagaikan luruh jantung Yong Tapa. Tiba tiba Ngah Hasan menepuk bahu Yong tapa. " Yong.. Ada lagi rupanya. Ingatkan dah selesai.. "

"Itulah.. ku pun ingat dah tak ada. Huh" sahut Yong Tapa. Ngah Hasan mendekat ke arah harimau. Besar sungguh. Seperti anak gajah tingginya. Tetapi saiznya lebih panjang. Bau nya hamis betul. Harimau mula menderam kecil. Masih berlegar legar. "Tok. Duduk lah. Kita bincang. Maaf lah tok.. Anak cucu tersilap langkah" ujar ngah Hasan. Harimau membuang pandang. Marah benar nampaknya sehingga tidak ingin memandang ngah hasan.

"Minta ampun minta maaf tok. Anak cucu betul2 tersilap. Harap tok dapat maafkan sekali ini." ngah hasan bersuara lagi. Suara nya lebih lembut. Memujuk.

Harimau besar itu mula berlutut dan berbaring. Menguap besar dan mengeliat panjang.

"Anak cucu dah tak hormat kita. Anak cucu dah lupa kan kita. Tok nenek dulu bukan main sayangkan kita. Kalau ada kenduri kendara, kenyang kita dijamu makan . Anak cucu sekarang bukan main Sombong. " suara si harimau bertukar menjadi suara lelaki yang garau. Mana-mana manusia biasa yang pertama kali melihat kejadian itu boleh pengsan melihat keadaan itu.

Yong Tapa dan ngah hasan bukan pertama kali melalui nya. Semasa perkahwinan Yong Tapa hampir 30 tahun dulu, Yong Tapa dan ngah hasan lah yang di ajak menemani ayah mereka masih ke. Hutan menghantar kerbau putih kepada Pak belang itu.

Pak belang itu lah yang di katakan menjaga keselamatan mereka turun temurun. Sejak nenek moyang mereka dahulu. Pak harimau jugalah menjadi kenderaan bagi susur galur mereka terdahulu. Sepantas kilat pk harimau datang bila dipanggil moyang mereka. Dari negeri sembilan ke Perak cuma sekelip mata di hantar pak belang.

Namun mAsa berganti Masa. Khidmat pak belang tidak lagi diperlukan. Berlebih lagi pula, amat cerewet menguruskan nya. Banyak pantang larangnya. Solat mesti di jaga. Solat tahajud. Puasa setiap Isnin Khamis. Zikir-zikir tertentu. Semua ini untuk memastikan ilmu memanggil si pam belang itu Yong Tapa dan Ngah hasan bahkan pernah menyaksikan moyang mereka membacakan Al-Quran kepada pak belang di pelantar rumah. Pewarisnya pula adalah anak sulung dalam keluarga. Yong Tapa sebagai anak Sulung kepada ayahnya yang juga merupakan anak sulung memang tidak sanggup. Dia kaki tikam nombor ekor. Mana mampu dia nak beribadat malam demi Menjaga ilmu warisan turun temurun itu

2 b cont

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2024 04:56 PM | Show all posts
continue pls...
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2024 03:33 PM | Show all posts
mohon sambung
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2024 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Mohon sambung
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 02:56 PM GMT+8 , Processed in 0.234100 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list