[Tempatan]
Pejabat Islam Tapah larang orang Melayu sertai joget lambak Orang Asli. #14, Tok batin: Acara joget lambak tak jual arak, hanya diundang boleh masuk
Diterbitkan: Oct 7, 2024 5:12 PM
Dikemaskini: 5:13 PM
Pejabat Pentadbiran Agama Islam Tapah melarang orang Melayu menyertai acara joget lambak yang dianjurkan kampung Orang Asli Batang Padang, Perak.
Menurut surat bertarikh 5 Okt yang ditujukan kepada tok batin dan ketua-ketua kampung, pejabat itu berkata terdapat perbuatan menyembah berhala, minum arak dan pergaulan bebas ketika acara itu berlangsung.
Surat itu menjelaskan perbuatan menyembah berhala dan menyembah nenek moyang orang yang telah meninggal dunia adalah bertentangan dengan akidah umat Islam.
“Sebelum memulakan majlis, Orang Asli akan mengamalkan sembah berhala, menyembah nenek moyang (orang yang sudah meninggal) untuk meminta izin supaya majlis tersebut berjalan dengan lancar.
“Perbuatan tersebut boleh ditahan di bawah kesalahan perbuatan atau perkataan murtad Seksyen 13 Enakmen Jenayah Syariah (Perak) 1992.
Malaysiakini telah mengesahkan dengan pejabat berkenan bahawa surat itu, yang disiarkan di laman X, adalah sahih.
Minuman keras dan seks
Selain perbuatan yang bertentangan dengan akidah, surat itu juga menyatakan ada perniagaan berunsur tidak halal dan haram terutamanya jualan arak pada acara joget lambak itu.
Menurutnya, berlaku juga perbuatan tidak sopan seperti berpegangan tangan, serta berpelukan antara lelaki dan wanita yang bukan mahram.
"Perbuatan tersebut boleh ditahan di bawah kesalahan perbuatan tak sopan Seksyen 57 Enakmen Jenayah Syariah (Perak) 1992.
"Selepas majlis tersebut berkemungkinan berlakunya persetubuhan haram atau khalwat antara lelaki dan perempuan. Perbuatan tersebut boleh ditahan di bawah kesalahan Persetubuhan haram Seksyen 48 Enakmen Jenayah Syariah (Perak) 1992 dan Seksyen 54 di bawah kesalahan khalwat Enakmen Jenayah Syariah (Perak) 1992,” jelasnya.
Surat itu diakhiri dengan meminta tok batin dan ketua kampung di daerah batang Padang menghalang orang Melayu mengunjungi acara joget lambak di kampung Orang Asli di daerah berkenaan.
Malaysiakini telah menghubungi Jabatan Kemajuan Orang Asli Perak dan aktivis Orang Asli untuk mendapatkan maklum balas mereka.
Patutlah dilarang karena joget orang asli itu bukanlah sesuai dengan budaya islam tetapi hindu atau animism. yang boleh menghancurkan iman anda sebagai pemeluk agama islam .... Hehehehe
Post time 7-10-2024 08:48 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Baru la function pejabat agama camni melarang perkara lagha untuk kebaikan umat Islam...tapi macam biasa golongan liberal akan seperti cacing kepanasan
Post time 7-10-2024 09:30 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Circa lewat 2000 kat kampung i masih ade jodet lambak malam pas kenuri kawen
Yg peliknya geng2 pond pun tahu
Pdhal masa tu lom ade group wasap sgt pontp
Joget lambak masa tu takde minum2
Diorg karok dgn joget2 je
Ili Aqilah
Diterbitkan: Oct 7, 2024 8:43 PM
Dikemaskini: 8:47 PM
Seorang tok batin masyarakat Orang Asli menyangkal dakwaan yang penganjur joget lambak menjual arak dan membenarkan perbuatan tidak sopan ketika acara tersebut.
Tok batin Kampung Chang Lama di Perak, Dahil Yok Chopil berkata penganjur joget lambak - yang biasanya diadakan antaranya ketika sambutan hari lahir dan perkahwinan - akan memeriksa barangan yang dibawa hadirin pada malam sebelum acara, bagi memastikan mereka tidak membawa masuk minuman beralkohol.
“Jika ada yang bawa, kita akan selesaikan isu itu dalam kalangan kita,” katanya kepada Malaysiakini.
Hari ini, surat Pejabat Pentadbiran Agama Islam Tapah yang melarang orang Melayu daripada hadir ke acara joget lambak yang dianjurkan kampung Orang Asli Batang Padang di Perak tular di media sosial.
Surat bertarikh 5 Oktober itu antara lain menyatakan terdapat perbuatan menyembah berhala, minum arak dan pergaulan bebas ketika acara itu berlangsung.
Mengulas lanjut, Dahil berkata dia tidak menerima surat itu dan menegaskan hadirin acara itu adalah berdasarkan undangan.
“Kami tak benarkan mereka yang tak diundang sebab kadang kala orang bandar akan bawa dadah dan buat masalah.
“Dan kami tak pernah jemput orang Melayu untuk sertai joget lambak, ini untuk mereka yang diundang saja…jika ada orang lain (yang tak diundang), kami akan minta mereka beredar,” katanya lagi.
Berhubung dakwaan kemungkinan berlaku persetubuhan haram dan khalwat, Dahil berkata ia sangat jarang berlaku.
“Ini kerana kami Orang Asli sangat berpegang kepada tradisi dan budaya kami,” katanya lagi.
Seorang tok batin masyarakat Orang Asli menyangkal dakwaan yang penganjur joget lambak menjual arak dan membenarkan perbuatan tidak sopan ketika acara tersebut.
teringat dulu aku baru mula keja, awek2 kilang selalu sebut, malam minggu ada function sana sini.. aku mcm wow, hebat korang pergi function (setau iols function tu ialah majlis makan malam korporat2).. rupanya joget lambak org kahwin... demer panggey function..