CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9454|Reply: 2

[Dunia] Hadi Awang tempat ke berapa?- Netizen

[Copy link]
Post time 9-10-2024 12:23 AM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 9-10-2024 07:32 AM

Selain itu Presiden Indonesia baharu, Prabowo Subianto dan Pengerusi Nahdlatul Ulama, Yahya Cholil Staquf turut tersenarai di tempat ke-18 dan 19.


SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim tersenarai di tempat ke-15 dalam 500 Muslim paling berpengaruh di dunia.

Perkara itu dikeluarkan The Muslim 500 edisi 2025, diterbitkan sebuah pusat kajian bebas, Pusat Kajian Strategik Diraja Islam (RISSC) yang bernaung bersama Institut Pemikiran Islam Diraja Aal al-Bayt berpangkalan di Amman, Jordan.

Menurutnya, Anwar juga berada di tempat kesembilan dalam kategori pemimpin dan ahli politik.

The Muslim 500 juga menyenaraikan Raja Jordan, Raja Abdullah II Al-Hussein di tempat pertama diikuti Ulama dan Pengarah Dar Al Mustafay, Tarim Yaman Sheikh Al-Habib Umar Hafiz; Emir Qatar, Sheikh Tamim Hamad Al Thani; Pemimpin Tinggi Iran, Ayatollah Sayyid Ali Khamenei dan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud.

Penerbitan itu menggambarkan Anwar sebagai seorang yang pernah mengharungi pemenjaraan, buangan dan cabaran politik sebelum kembali menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-10 pada November 2022.

"Di luar kerjaya politiknya, Anwar telah membuat sumbangan kepada akademik, memegang jawatan di institusi seperti Kolej St Anthony, Oxford, Universiti Johns Hopkins dan Universiti Georgetown.

"Beliau juga merupakan pengasas bersama Institut Pemikiran Islam Antarabangsa (IIIT) yang ditubuhkan di Amerika Syarikat pada 1981," katanya.

Artikel Berkaitan:
Ujar penerbitan tersebut, kelantangan Anwar dalam isu Gaza memperjuangkan hak rakyat Palestin dengan menentang kependudukan haram Israel.

Malah penerbitan tersebut turut menekankan mengenai kejadian syarikat gergasi teknologi Meta yang menurunkan hantaran Anwar terhadap pemimpin Palestin yang dibunuh, Ismail Haniyeh.

"Pertemuan beliau dengan pegawai Hamas termasuk pemimpin Hamas yang dibunuh, Allahyarham Ismail Haniyeh mendapat kritikan dari Amerika Syarikat (AS).

"Catatan media sosialnya yang menyampaikan ucapan takziah selepas pembunuhan Ismail Haniyeh diturunkan, mendorongnya untuk meyelar META, 'Biar ini menjadi mesej yang jelas dan tidak berbelah bahagi kepada Meta: hentikan sikap pengecut ini dan berhenti bertindak sebagai instrumen Zionis Israel yang menindas'," katanya.

Sinar Harian

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-10-2024 03:57 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2024 04:15 AM From the mobile phone | Show all posts
#501 kot ..

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-10-2024 04:19 AM GMT+8 , Processed in 0.034679 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list