CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11320|Reply: 4

[Dunia] Lumba kuda terakhir Singapura ditutup selepas 180 tahun beroperasi

[Copy link]
Post time 10-10-2024 04:56 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Lumba kuda terakhir: Singapura tutup lembaran sejarah 180 tahun
hmetro.com.my
Oktober 10, 2024 @ 12:06pm


KELAB lumba kuda Singapura di Kranji, SIngapura. FOTO fail Reuters


Singapura: Selepas lebih daripada 180 tahun sejarah, perlumbaan lumba kuda di Singapura menemui titik noktahnya.

Kelab Lumba Kuda Singapura di negara bandar itu mengadakan perlumbaan kuda terakhirnya di hadapan 10,000 penonton, pada Sabtu lalu.


Dengan berakhirnya perlumbaan itu, padang lumba kuda seluas 120 hektar itu diserahkan kepada kerajaan untuk pembangunan semula yang dijangka bermula pada 2027.

Singapore Turf Club atau Kelab Lumba Kuda Singapura ialah satu-satunya padang lumba lumba di negara bandar hab kewangan itu. Negara itu kekurangan tanah untuk projek pembangunan.


Lumba kuda di Singapura mempunyai sejarah panjang yang bermula sejak zaman penjajahan.



Perlumbaan pertama pada 1843 diadakan untuk menandakan ulang tahun ke-24 Singapura berada di bawah pemerintahan penjajah British, menurut kelab itu.

Singapore Turf Club kemudiannya menjadi tuan rumah kepada kedatangan Ratu Elizabeth II pada 1972, tujuh tahun selepas republik itu mencapai kemerdekaan dengan 26,000 orang datang untuk melihat pemerintah raja itu.

Tanah itu diserahkan kepada kerajaan untuk memenuhi permintaan perumahan yang semakin melonjak, termasuk keperluan kawasan bagi mengisi masa lapang dan berekreasi susulan pertambahan populasi.

Singapura lebih kecil daripada bandar raya New York, dan menempatkan enam juta penduduk.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2024 05:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tripleid at 10-10-2024 05:37 PM

Bakal jadi mcm klcc?


Next yg bakal katup kat ipoh..
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2024 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah takde la.kalendar kuda?
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2024 07:56 PM From the mobile phone | Show all posts
scene movie p ramlee yg ada judi kuda  ambik kat sini
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2024 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
tripleid replied at 10-10-2024 05:32 PM
Bakal jadi mcm klcc?



Aik..ipoh turf club pon nk tutup jugak..?

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-10-2024 10:26 PM GMT+8 , Processed in 0.272842 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list