CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6154|Reply: 6

[Tempatan] Plot Twist: Pelajar kibar bendera China bukan rakyat Malaysia

[Copy link]
Post time 13-10-2024 10:14 AM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 13-10-2024 03:37 PM

KUALA LUMPUR: Pelajar yang mengibarkan bendera China di sebuah sekolah menengah persendirian di Pulau Pinang seperti yang tular dalam media sosial baru-baru ini bukanlah warga negara Malaysia, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Beliau berkata perkara itu dijelaskan Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Pulau Pinang Wong Hon Wai kepadanya dengan mengatakan pelajar berkenaan sebahagian daripada 33 pelajar dari China yang bersekolah di sekolah terbabit.

"Mereka bukan warganegara Malaysia, mereka belajar di sekolah berkenaan dan ada gambar lain yang menunjukkan pelajar dari China dan pelajar Malaysia kedua-duanya di sekolah ini mereka bersama-sama dalam satu aktiviti dan masing-masing mengibar bendera negara atau negeri masing-masing.


"Saya nampak (dalam gambar) ada pelajar warga China mereka kibarkan bendera China, ada pelajar yang mengibarkan Jalur Gemilang dan ada juga mengibarkan bendera Pulau Pinang," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri sesi Program Kesihatan Lembah Pantai bersama IMU Cares di PPR Kerinchi di sini hari ini.

Fahmi berkata demikian sebagai mengulas isu tular dua keping gambar dimuat naik menerusi media sosial memaparkan pelajar sebuah sekolah menengah persendirian di Pulau Pinang memegang bendera China.


Sehubungan itu, beliau berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) telah mengenal pasti individu yang menyebar maklumat palsu kononnya pelajar Malaysia mengibarkan bendera China berkenaan.


Jurucakap Kerajaan Perpaduan itu berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga sudah memiliki maklumat individu yang melakukan tindakan adu domba itu dan sedang dalam proses untuk mengambil tindakan selanjutnya.


"Saya minta pihak PDRM mengambil tindakan yang tegas kerana mereka cuba menimbulkan satu kegusaran dalam masyarakat kita seolah-olah masyarakat membenarkan perkara-perkara seperti ini berlaku. Jadi ini tuduhan yang sangat jahat," katanya.


Fahmi turut menasihati orang ramai agar menyelidik dahulu sesuatu perkara dan mendapatkan fakta sahih sebelum membuat sebarang komen.
-- BERNAMA






This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2024 10:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Yo laa.. aku purcayaaa
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2024 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2024 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Muka memasing macam orang lokal pemastautin tetap jer aku tengok.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2024 12:21 PM From the mobile phone | Show all posts
blh beza muka type c lokal ngn belah sana..
muka belah sana mcm bentuk benua kalau perasan..
kalau lepak genting sana penuh muka benua.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2024 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Patutnya fahmi ni berdiri kat sebelah passport autogate immigration tu senang immigration nak detect nationality. You can keep ministers salary but stand there 24/7 we really need your bionic vision hehehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-10-2024 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
ahakkss.. pahmi pahmi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-10-2024 01:18 PM GMT+8 , Processed in 0.043660 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list