View: 36812|Reply: 22
|
Bicara kes cedera, khianat Norjuma mula April, Mei tahun depan
[Copy link]
|
|
Bicara kes cedera, khianat Norjuma mula April, Mei tahun depan
https://www.freemalaysiatoday.co ... il-mei-tahun-depan/
Bernama
15 Oct 2024, 04:37 PM
Hakim menolak perbincaraan Norjuma Habib Mohamed mencederakan dua individu dan khianat dibicarakan bersama kerana saksi dan mangsa adalah berbeza. (Gambar Bernama)
Bekas personaliti televisyen itu didakwa tendang ‘pak guard’; tampar pipi seorang wanita; dan merosakkan palang keluar kondominium.
KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes bekas personaliti televisyen, Norjuma Habib Mohamed, yang didakwa menyebabkan kecederaan ke atas dua individu dan melakukan khianat, akan bermula pada April dan Mei tahun hadapan, di tiga Mahkamah Majistret.
Bagi pertuduhan menyebabkan kecederaan dengan menendang betis kaki kiri seorang pengawal keselamatan lelaki warga Nepal, Neupane Tika Ram, Majistret Illi Marisqa Khalizan menetapkan perbicaraan selama dua hari iaitu pada 28 dan 29 April 2025.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah pusat tuisyen di Bukit Damansara, Brickfields, pada 3 petang, 29 Mac 2018, mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda yang boleh sampai RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pada prosiding di hadapan Majistret Haneefa Arifin pula, mahkamah menetapkan 13 dan 14 Mei depan untuk perbicaraan bagi pertuduhan menyebabkan kecederaan ke atas Mohd Afiq Ismail, 34, di sebuah syarikat borong dan runcit di Menara Atlan, Jalan Ampang, Dang Wangi, pada 8.43 malam, 21 Feb 2017, mengikut seksyen sama.
Majistret Farah Nabihah Muhamad Dan pula menetapkan 5 dan 6 Mei 2025 bagi perbicaraan melakukan khianat dengan merosakkan palang keluar dan masuk kenderaan serta kamera litar tertutup (CCTV) milik Kondominium Sastra U-Thant, Wangsa Maju, pada 7.44 dan 7.45 malam pada 28 Julai 2023, yang menyebabkan kerugian keseluruhan RM4,700.
Pertuduhan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Sementara itu, bagi satu lagi pertuduhan dihadapi Norjuma yang didakwa menyebabkan kecederaan dengan menampar pipi serta mencakar tangan Nur Solehah Rosli, 31, di kondominium sama, pada 10.30 pagi, 18 Okt 2021, mahkamah menetapkan 11 Nov untuk serahan dokumen dan untuk menetapkan tarikh perbicaraan.
Kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Syafika Azwa Fikri, Amritpreet Kaur dan Pegawai Pendakwa Shazwan Shahrun, manakala Norjuma diwakili peguam Faiz Kamal Jaafar.
Terdahulu, Syafika Azwa dan Amritpreet memaklumkan kepada mahkamah bahawa permohonan Norjuma untuk semua kes dibicarakan bersama ditolak.
Permohonan itu ditolak kerana saksi dan mangsa dalam kes itu adalah berbeza, kata Amritpreet.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
nampak esbok eh
ayah dia ke tu
sian lah |
|
|
|
|
|
|
|
bottombikini replied at 15-10-2024 05:05 PM
nampak esbok eh
ayah dia ke tu
Kannn. Acik gundu rupanya
Xde duit pegi slimming centre mcm bru lps beranak gmbr dia viral dulu2 ke |
|
|
|
|
|
|
|
cik habib dah nampak berumur..dah late 60’s rasanya sbb juma dah 44 thn.. |
|
|
|
|
|
|
|
Nampak 4 segi mcm spongebob lah plak.. |
|
|
|
|
|
|
|
dia ni kesian juga sampai jadi mcm ni. dia ada masalah jiwa or mental sebab keluarga ke apa? tapi kalau salah, tetap salah la. biar bicara betul2 |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan bapak dia rsnya
Bapak dia mcm mamak |
|
|
|
|
|
|
|
Ni Jumanji ke atau acik kentin mrsm pengkalan chepa? Eh sian bapak dia mcm baru lepas baik stroke |
|
|
|
|
|
|
|
Suatu ketika dia wanita yang sangat cantik. |
|
|
|
|
|
|
|
Domoknye Juma, jln senget2 dah mcm belas birasdah, sekian body shaming. Yg pokcik sebelah tu ayah Juma ke? Sian plak tgknye. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia dah stop makan ubat ke??? haiyokkkk banyak takutlah ini macam |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi actually iols simpati dengan dia...Inilah yang dikatakan bila Tuhan nak beri tiada siapa boleh menidakkannya..Dan bila Tuhan nak tarik anytime bebeh |
|
|
|
|
|
|
|
lol . kenapa acik kantik mrsm pengkalan chepa jadinya
|
|
|
|
|
|
|
|
Tapi kalau tgk gambar kawen dia dulu, ada iras pakcik yg dlm gambar tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Wahhh! Sudah petak badannya |
|
|
|
|
|
|
|
ada budak sama uni juma kata juma dulu bau keti |
|
|
|
|
|
|
|
mungkin budak tu terkena time hormon x betul, badan jadi berbau. hari2 biasa, takde pulak dia bau bawang ke hangit ke.
|
|
|
|
|
|
|
|
Dia jadi macamni mungkin sbb anak2 dipisahkan dari dia kot. Stress, mental xdapat jumpa anak2. Igt dl ada kes dia tendang pagar rumah ex dia kan nk tgk anak2 tp dihalang.. Pergi sekolah pn dihalang. |
|
|
|
|
|
|
|
Ingatkan si benon coway tadi... |
|
|
|
|
|
|
| |
|