CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10003|Reply: 0

[Kedah] Jeritan lelaki berjaya selamatkan pekerja kedai papan

[Copy link]
Post time 16-10-2024 09:53 AM | Show all posts |Read mode
Jeritan lelaki berjaya selamatkan pekerja kedai papan

Zuliaty Zulkiffli[email protected]




Anggota BBP Jitra memadam kebakaran membabitkan empat unit rumah kedai barangan perkakasan di Jalan Kampung Naga, Pekan Kepala Batas, awal pagi tadi. FOTO IHSAN BOMBA





Jitra: "Saya menjerit untuk mengejutkan pemilik dan pekerja kedai papan supaya menyelamatkan diri dan kenderaan mereka ketika api masih kecil.

"Syukur mereka sempat menyelamatkan diri kerana ketika kejadian, masing-masing sedang tidur nyenyak," kata Safirun Mohamad, 44.

Safirun adalah saksi kebakaran membabitkan empat unit rumah kedai di Jalan Kampung Naga, pekan Kepala Batas, di sini, kira-kira 5 pagi tadi.

Dalam kejadian itu, empat unit kedai dua tingkat yang dijadikan stor penyimpanan barangan perkakasan (bangunan jenis tidak kekal), musnah.

Menurut Safirun, dia menyedari kejadian selepas ternampak api kecil di bahagian bumbung bangunan berkenaan.

"Saya dengar bunyi 'krek' sebelum ternampak api di atas bumbung dan terus menghubungi talian kecemasan untuk memaklumkan kepada bomba.

"Ketika itulah saya menjerit meminta semua yang ada dalam kedai papan berhampiran supaya keluar menyelamatkan diri kerana ketika itu mereka sedang tidur," katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam pada itu, Safirun berkata, ketika kejadian, dia baru selesai menutup premis kedai tambah nilai telefon bimbit miliknya tidak jauh dari bangunan itu, dan duduk sambil berehat bersama empat rakannya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra, Mohd Bustan Karudin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran itu pada 5.10 pagi tadi.

"Kebakaran itu menyebabkan kemusnahan 90 peratus dan api berjaya dikawal pada 5.36 pagi, sebelum dipadamkan sepenuhnya 7.29 pagi tadi.

"Tiada kemalangan jiwa. Punca kebakaran dan nilai kerugian masih dalam siasatan," katanya.



Disiarkan pada: Oktober 16, 2024 @ 8:57am

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/10/1144762/jeritan-lelaki-berjaya-selamatkan-pekerja-kedai-papan




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 02:23 PM GMT+8 , Processed in 0.052964 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list