CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5080|Reply: 0

[Sabah] Bapa pukul anak hingga cedera ditahan polis

[Copy link]
Post time 16-10-2024 02:28 PM | Show all posts |Read mode


TANGKAP: Bapa kanak-kanak tebabit ditahan selepas laporan polis dibuat ibu saudara mangsa.

TAWAU: Seorang lelaki warga asing ditahan di Batu 3, Jalan Apas, di sini semalam selepas disyaki memukul anak lelakinya berusia tujuh tahun hingga mengalami kecederaan di seluruh tubuh mangsa.

Suspek berusia 29 tahun itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau, pada jam 12.45 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita iaitu ibu saudara mangsa pada Sabtu lalu.

Katanya, ibu saudara mangsa dimaklumkan suaminya bahawa anak saudaranya dipukul oleh bapa kanak-kanak terbabit di rumah mereka dengan menggunakan tali pinggang.

“Hasil siasatan awal, kejadian itu sering berlaku sehingga kanak-kanak itu mengalami kecederaan di seluruh tubuhnya.

“Polis kemudian menyelamatkan kanak-kanak terbabit dan tali pinggang yang disyaki digunakan ketika kejadian dirampas,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

Menurutnya, suspek dibawa ke IPD Tawau untuk siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 326A kanun yang sama.

“Sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai sepuluh tahun atau denda atau dengan sebat, atau dua kali ganda dari hukuman berkenaan,” katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 04:43 PM GMT+8 , Processed in 0.225681 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list