CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27110|Reply: 2

Imej Nasa tunjukkan banjir di Gurun Sahara buat kali pertama

[Copy link]
Post time 16-10-2024 11:50 PM | Show all posts |Read mode





Rabat: Banjir yang jarang berlaku di bahagian Gurun Sahara, buat kali pertama dalam beberapa dekad, lapor CBS News.


Gurun di bahagian tenggara Maghribi itu, antara tempat paling gersang di dunia dan jarang mengalami hujan pada akhir musim panas.


Kerajaan Maghribi berkata, hujan selama dua hari pada September lalu dilaporkan melebihi purata jumlah hujan tahunan di beberapa kawasan yang mencatatkan sebelum ini kurang daripada 25.4 sentimeter (sm). Ia termasuk di Tata iaitu salah satu kawasan paling teruk terjejas akibat banjir berkenaan.


Di Tagounite, sebuah kampung kira-kira 450 kilometer (km) di selatan ibu negara Rabat, purata hujan lebih 9.9 sm untuk tempoh 24 jam.


Satelit Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (Nasa) Amerika Syarikat, menunjukkan air mengalir masuk ke Tasik Iriqui, yang antara Zagora dan Tata. Tasik terkenal itu kering selama 50 tahun.


Menurut Nasa, kejadian seperti itu sangat jarang berlaku di rantau ini sehingga tasik di Algeria iaitu Sebkha el Melah hanya berisi air, enam kali dari 2000 hingga 2021.


Houssine Youabeb dari Jabatan Meteorologi Maghribi berkata, sudah 30 hingga 50 tahun, kawasan berkenaan tidak mengalami hujan luar biasa seumpama itu.


"Hujan sebegitu, yang digelar ahli kaji cuaca sebagai ribut luar tropika, mungkin mengubah perjalanan cuaca di rantau ini dalam beberapa bulan dan tahun akan datang apabila udara mengekalkan lebih banyak kelembapan, menyebabkan lebih banyak penyejatan dan lebih banyak ribut," katanya.







Kemarau selama enam tahun berturut-turut menimbulkan cabaran sehingga memaksa petani membiarkan ladang terbiar dan bandar serta kampung kerana catuan air.


Hujan lebat itu mungkin akan membantu mengisi semula air di bahagian bawah tanah padang pasir yang dipercayai untuk membekalkan air di komuniti padang pasir.











Bagaimanapun, ia juga menyebabkan limpahan air sehingga mengorbankan lebih 20 orang di Maghribi dan Algeria, serta merosakkan hasil pertanian.


Sumber : Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2024 10:51 AM From the mobile phone | Show all posts
tanda tanda kecil kiamat akan tiba
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2024 11:21 AM | Show all posts
dunia akhir zaman...lepas banjir tanah dha subur...akan tumbuh tumbuhan menghijau....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-10-2024 12:28 PM GMT+8 , Processed in 0.040443 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list