View: 14282|Reply: 10
|
Bergaduh dengan suami, Ibu dikecam paksa anak duduk atas kompresor ‘aircond’ tingkat 23
[Copy link]
|
|
BEIJING – Seorang wanita di China menerima kecaman ramai selepas memaksa dua anaknya duduk di atas kompresor penyaman udara yang diletakkan di luar pangsapuri tingkat 23, lapor portal berita South China Morning Post.
Dia bertindak demikian kerana mahu mengancam suaminya dalam kejadian yang berlaku di Luoyang, wilayah Henan pada 10 Oktober lalu.
Rakaman yang dimuat naik di platform Weibo menunjukkan seorang kanak-kanak perempuan menangis teresak-teresak ketika duduk di atas kompresor bersama saudara lelakinya.
Ibu mereka pula duduk di tepi tingkap sambil bertengkar dengan si bapa. Wanita tersebut turut menghalang suaminya daripada mendekati kanak-kanak itu.
Dua beradik itu dilihat tidak memakai sebarang peralatan kecemasan atau perlindungan semasa kejadian.
Seorang pegawai Persekutuan Wanita dan Kanak-Kanak tempatan berkata, kanak-kanak itu berjaya diselamatkan.
“Mereka berjaya diselamatkan oleh anggota bomba dan siasatan sedang giat dijalankan,” katanya.
Rakaman itu mencatatkan lebih 55 juta tontonan dan menimbulkan kemarahan ramai orang.
“Seorang ibu harus melindungi anak tetapi dia meletakkan anak-anaknya dalam bahaya. Dia tidak sesuai menjadi seorang ibu,” sindir seorang netizen. – AGENSI
Sumber – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
Orang beranak, dia pun nak beranak. |
|
|
|
|
|
|
|
Butterfly41 replied at 17-10-2024 11:07 PM
Orang beranak, dia pun nak beranak.
...onglain ank duk atas kerusi...ank dia duk atah kompresor...pulok. |
|
|
|
|
|
|
|
Compressor tingkat 23 tu. Gila parents macam ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
Gaduh dgn partner ni, itu antara engkorang berdua je. Tak perlu libatkan anak2. Dah la anak2 pun kecik lagi, bukannya tahu apa pun |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian tgk anak2. Aduh lah, mak jenis apa macam ni |
|
|
|
|
|
|
|
Thank you for your recommendations, now they are also interested in this topic. |
|
|
|
|
|
|
|
soon akan jadi ikutan buat ibu di Malaysia nanti |
|
|
|
|
|
|
|
Patut mak dia dok kat kompressortu |
|
|
|
|
|
|
|
cina china kalau gaduh laki bini mmg next level ya... |
|
|
|
|
|
|
|
dia gaduh ngn laki anak jd mangsa. tu kalau anak jatuh mati tak pasal je |
|
|
|
|
|
|
| |
|