CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30000|Reply: 0

[Sabah] Lelaki memandu mabuk dipenjara, denda RM11,000

[Copy link]
Post time 17-10-2024 04:35 PM | Show all posts |Read mode


PADAH: Joan Lee (kanan) mengiringi tertuduh keluar selepas prosiding mahkamah dijalankan.

TAWAU: Seorang lelaki  dihukum penjara dua hari dan denda RM11,000 kerana memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga berlakunya kemalangan, pada 7 Oktober lepas.

Tertuduh, Chuk Sin On, 62, dikenakan hukuman itu selepas membuat pengakuan di hadapan Majistret Dayang Aidaku Amira Aminuddin.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu kira-kira jam 6.15 petang di Jalan Kuhara dalam daerah Tawau, sebagai pemandu kenderaan.

Hasil ujian saringan pernafasan didapati kandungan alkohol dalam darah tertuduh melebihi had yang dibenarkan iaitu 50 miligram etil dalam 100 mililiter darah.

Kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 45A (1) APJ 1987, jika sabit kesalahan boleh dipenjara selama dua tahun dan denda sehingga RM30,000.

Pendakwaan dikendalikan oleh pegawai pendakwa Asisten Superintenden Joan Lee, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Joan Lee dalam hujahnya meminta supaya mahkamah menjatuhkan hukuman penjara yang tinggi sebagai pengajaran dan keinsafan kepada diri tertuduh.

“Kandungan alkohol di dalam badan tertuduh juga melebihi tiga kali ganda daripada had yang dibenarkan selain terlibat dalam kemalangan,” katanya.

Majistret kemudian menjatuhi hukuman penjara dua hari dan denda RM11,000 dan empat bulan penjara jika gagal membayar denda berkenaan, selain lesen memandu tertuduh digantung dua tahun.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 02:23 PM GMT+8 , Processed in 0.305343 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list