CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 31188|Reply: 0

[Sarawak] Prinsip 'Utamakan Sarawak' sentiasa dijunjung

[Copy link]
Post time 17-10-2024 04:42 PM | Show all posts |Read mode


Gambar fail

BINTULU: Setiap jabatan dan agensi kerajaan di Sarawak sentiasa menjunjung prinsip 'Utamakan Sarawak' dengan mengekalkan kesaksamaan dalam menjalankan tugas serta perkhidmatan, kata Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing (gambar).

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong itu berkata, setiap jabatan dan agensi sentiasa berdedikasi untuk menangani segala permasalahan rakyat dan meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat khususnya di Sarawak.

Katanya, sebagai ahli politik beliau tidak bersetuju sekiranya ada dakwaan bahawa rakyat di kawasan yang ditadbir oleh pembangkang dilayan secara acuh tak acuh atau tidak diambil serius oleh mana-mana jabatan atau agensi kerajaan.

"Perlu diingat bahawa pentadbiran kerajaan tidak pernah dipengaruhi oleh perbezaan politik kepartian," katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

Justeru katanya, sumber yang disalur atau diperuntukkan tidak membezakan rakyat hanya kerana sesebuah kawasan tersebut dikuasai pembangkang.

"Tiada pilih kasih atau pengagihan bantuan yang tidak adil kepada mereka," tegasnya.

Misalnya di kawasannya di Bintulu katanya, beliau telah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen di Bintulu selama lebih 20 tahun dan pegawai kerajaan tempatan sentiasa bekerjasama dengannya dalam memajukan perkhidmatan awam.

Beliau berkata, isu-isu tempatan berjaya ditangani dengan baik, seterusnya membolehkan rakyat bersama-sama mewujudkan Bintulu yang harmoni dan sejahtera.

Meskipun beberapa kerusi DUN di bawah Parlimen Bintulu pernah disandang pembangkang namun pegawai kerajaan sentiasa mengekalkan misi mereka untuk berkhidmat kepada rakyat, katanya lanjut.

"Saya tidak pernah melihat pegawai kerajaan tempatan melayan isu secara berbeza atau pilih kasih kerana fahaman politik seorang ADUN di bawah Parlimen Bintulu," tambahnya.

Disebabkan itu tambahnya, dakwaan bahawa pegawai kerajaan mengabaikan isu rakyat kerana perbezaan politik adalah tidak benar sama sekali.

Pada masa sama katanya, beliau tidak menafikan dalam kalangan pegawai kerajaan tempatan yang ramai mungkin ada segelintir yang melakukan kesilapan, bak kata pepatah, dalam setandan pisang, tak semuanya elok.

Maka katanya, mana-mana pegawai yang melakukan kesilapan harus diperbetul dan dipertingkat tahap profesionalisme mereka, sekali gus ia cabaran yang dihadapi kerajaan tempatan di kawasan yang memerintah dan pembangkang.

"Adalah menjadi tanggungjawab kedua-dua pihak untuk bekerjasama demi meningkatkan perkhidmatan dan ia memerlukan wakil rakyat serta kerajaan tempatan untuk bersama-sama mencari jalan penyelesaiannya," katanya.

Dalam pada itu, beliau menggesa ahli-ahli politik supaya tidak menjejaskan lawan mereka dengan agenda peribadi atau promosi diri, yang mungkin secara tidak adil serta membawa kepada tuduhan terhadap pegawai kerajaan.

Katanya, ini menyebabkan orang ramai percaya bahawa pegawai bersikap berat sebelah atau pentadbiran kerajaan tempatan dipengaruhi oleh politik kepartian.

Menurutnya, sesiapa sahaja yang benar-benar komited untuk berkhidmat kepada rakyat harus melibatkan diri secara aktif dengan rakyat dengan memahami isu tempatan dan ikhlas mencari penyelesaian, bukan hanya mengambil gambar atau memberi kata-kata manis sepanjang masa.

"Ahli politik tanpa mengira parti harus menunaikan tanggungjawab mereka untuk berkhidmat kepada rakyat, mengekalkan kerjasama yang baik dengan semua jabatan dan agensi kerajaan serta mengangkat suara rakyat di kawasan masing-masing," katanya.

Hanya dengan itu katanya, kerajaan boleh membawa pembangunan dan memberi kesejahteraan hidup yang lebih baik untuk rakyat.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 02:18 PM GMT+8 , Processed in 0.065636 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list