CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 31001|Reply: 0

[Johor] Polis lepas 3 tembakan, seorang lelaki ditahan

[Copy link]
Post time 17-10-2024 06:03 PM | Show all posts |Read mode


M. Kumar ketika ditemui pengamal media pada Majlis Perhimpunan Bulanan PDRM di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor hari ini. FOTO BERNAMA

Johor Bahru: Polis melepaskan tiga das tembakan ke arah tayar sebuah kereta dipandu seorang lelaki dipercayai pengedar dadah di kawasan sebuah apartment di Jalan Dato Abdullah Tahir di sini, semalam.


Ketua Polis Johor Datuk M Kumar berkata dalam kejadian 6.50 petang itu pihaknya menahan seorang lelaki tempatan berusia 27 tahun dan merampas 296 gram dadah jenis heroin.


"Semasa rondaan kereta peronda polis (MPV) polis mendapati suspek yang membawa kereta terbabit berada dalam keadaan mencurigakan. MPV ini menghampiri kereta suspek dan mengarahkannya berhenti sebelum dia melarikan diri bersama kereta berkenaan.
"Selepas kira-kira lima minit mengejar, kereta suspek berhenti di sebuah kawasan parkir.


"Pihak polis ingat dia sudah berhenti (tidak lagi melarikan diri), polis pun pergi untuk menahannya," katanya kepada pemberita selepas majlis Perhimpunan Bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini, hari ini.

Kumar berkata, suspek kemudiannya sekali lagi bertindak melarikan diri dengan memandu melawan arus sebelum melanggar tiga kenderaan lain dan pihak polis terpaksa melepaskan tiga das tembakan bagi menghalang suspek terus melarikan diri.

Beliau berkata lelaki itu juga didapati positif dadah jenis methamphetamine serta mempunyai 16 rekod jenayah dan kini direman tujuh hari bermula hari ini hingga 23 Oktober ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 307 Kanun Keseksaan, Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 dan Seksyen 44(1A)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Disiarkan pada: Oktober 17, 2024

Sumber

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 02:27 PM GMT+8 , Processed in 0.046026 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list