CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 31617|Reply: 0

[Johor] Buat laporan palsu 4 anak hilang, bapa ditahan

[Copy link]
Post time 17-10-2024 06:07 PM | Show all posts |Read mode



Johor Bahru: Seorang bapa ditahan selepas dipercayai sering melakukan pengabaian terhadap empat anaknya berusia dua hingga lapan tahun.
Malah lelaki itu ada membuat laporan polis palsu mengenai kehilangan anak-anaknya itu.

Ketua Polis daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M.Kumarasan berkata, lelaki tempatan berusia 41 tahun itu membuat laporan palsu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri di sini pada jam 2.40 pagi tadi.

Katanya dalam laporan tersebut suspek mendakwa empat anaknya hilang di kawasan Mutiara Rini, di sini.

"Bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari bahagian siasatan jenayah IPD Iskandar Puteri telah menjalankan tindakan mengesan kanak-kanak tersebut, tetapi suspek gagal menunjukkan lokasi sebenar dan keterangan didapati mencurigakan.


"Hasil siasatan mendapati keempat kanak-kanak tersebut berada di rumah isteri suspek dalam keadaan selamat.

"Suspek juga dikatakan sering mengabaikan anak-anaknya, Selain itu, suspek juga mempunyai hutang yang membawa kepada laporan palsu kononnya bimbang anak-anaknya diganggu akibat kegagalan melunaskan hutang tersebut," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Kumarasan, permohonan reman ke atas suspek akan dibuat esok di Mahkamah Johor Bahru.

"Kes di siasat di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta kanak-kanak 2001 kerana pengabaian kanak-kanak, serta Seksyen 182 Kanan Keseksaan," katanya.

Disiarkan pada: Oktober 17, 2024
sumber

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 02:17 PM GMT+8 , Processed in 0.063302 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list